CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 20, 2010

Petua...petua..

Aku ni pengemar majalah Mingguan Wanita..Salah satu topic dalam majalah tu ialah Aneka Petua..So, aku nak kongsi sedikit petua-petua yang ada dalam majalah nie yang sempat aku cedok untk amalan kita bersama..huhuhu

  1. Lobak merah kuruskan badan ~ Parut 2 biji lobak merah dan sebiji timun untuk mendapatkan jusnya.Campurkan dengan air perahan limau nipis dan kacau hingga sebati.Minum dua kali sehari .
  2. Bulu kening lebat ~ Ambil sebiji buah keras dan bakar ia sehingga menjadi hitam.Selepas itu di tumbuk hingga keluar minyak.Sapu dengan putik kapas pada kening.
  3. Cili kering halau cicak ~ Gantungkan seubngkus cili kering pada tempat yang terdapat cicak di rumah anda.InsyaAllah cicak akan menjah tempat tersebut. 
  4. Bayi sukar buang air besar ~ Ramas beberapa helai daun keledek, ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi.Biarkna ia kering dan lakukan sebanyak 2 hingga 3 kali.
  5. Kunyit hilangkan kelemumur ~ Parut sedikit kunyit dan gosokkan ia pada seluruh kulit kepala dan rambut apabila hendak tidur.Keesokkan hari,bersihkan kepala dengan shampoo.
  6. Hilangkan kesan gigitan nyamuk ~ Larutkan garam di dalam air,apabila sudah larut sapukan pada tempat yang digigit nyamuk.
  7. Merawat selsema bayi ~ Bagi mengurangkan selsema yag dihidapi bayi,ambil kunyit hidup dan parutkan ia.Sapukan pada hidung bayi.InsyaAllah selsema bayi akan berkurangan .
  8. Mengilatkan barang kemas ~ Agar barang kemas sentiasa berkilat rendamkan ia dalam air asam jawa selama satu malam.Esokknya gosok barang kemas dengan berus menggunakan ubat gigi.Ia akan kemali bersinar seperti baru.
  9. Ciku merawat cirit-birit ~ Bagi mereka yang mengalami cirit-birit dapatkan perahan buah ciku muda dan terus diminum.
  10. Daun pudina legakan sakit lutut ~ Ramas daun pudina dan camukan dengan bedak sejuk.Sapukan pada bahagian lutut yang sakit.Ini apat mengurangkan rasa sakit tersebut..

Selamat mencuba !!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...