CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, January 24, 2011

Alternatif untuk kekal segar

Ramai yang mengadu keletihan terutamanya bila tiba musim bulan ramadhan.kalau time tak puasa tu bolehla kita nikmati segelas air serta sepotong kek coklat..tapi kalau puasa bagaimana? Antara tips untuk kekal segar :

  • Aroma lavender ~ Letakkan aroma lavender di persekitaran anda samada di ruang tamu atau di kamar tidur.Ia juga bagus untuk menghilangkan sakit kepala dan mengurangkan stress.
  • Manikur ~ Ambil masa seketika untuk melakukan rawatan kuku kerana sudah seharian jari-jari anda bekerja.
  • Tonton filem lucu ~ Ketawalah kerana ia dapat meredakan stress,meningkatkan kekebalan tubuh,perbaiki peredaran darah serta dapat menstabilkan tekanan darah.Ia juga boleh membantu untuk menjaga kadar gula dalam darah dan juga membantu pencernaan dengan lebih baik.
  • Senaman regangan ~ Jika tiada masa terluang untuk melakukan nya, jangan bimbang kerana ia boleh dilakukan pada masa anda sedang berehat seperti sedang menonton tv.Ia boleh meningkatkan fleksibiliti tubuh dan mengurangkan tekanan.
  • Hubungi teman rapat ~ Berbicara dengan teman baik, berkongsi cerita dan tertawa akan membuatkan diri berasa lebih segar.
  • Tidur seketika ~ Jika tubuh terlalu letih, ambil sedikit masa untuk melelapkan mata.Pasti akan kembali segar setelah bangun dari tidur walaupun seketika.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...