CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 15, 2011

Idiopatik Trombositopenik Purpura ( ITP )

ITP adalah sejenis penyakit darah yang disebabkan oleh antibodi manusia yang menentang atau melawan platlet darah.
I :  Idiopatik bermakna sebab penyebab penyakit itu adalah tidak pasti 
T:  Trombositopenik bermaksud darah tidak memiliki platlet yang secukupnya
P:  Purpura bermakna seseorang itu memiliki lebam melampau pada tubuhnya

Gejala ITP adalah: 
  • Tanda2 lebam yang berlarutan sehingga beberapa hari
  • Keletihan
  • Bintik2 merah pada kulit terutama pada kaki dan tangan
  • Bagi wanita, darah haid keluar dengan lebih banyak
Jika ia dihidapi oleh kanak2 biasanya ia menyerang pada usia dua hingga empat tahun dan kebanyakkan wanita yang menghidap ITP adalah golongan wanita muda tetapi ia juga boleh menyerang sesiapa sahaja.Penyebab ITP adalah tidak diketahui.

Pada umumnya antibodi adalah tindak balas sihat kepada bakteria atau virus.Tetapi bagi penghidap ITP, antibodi menyerang platlet2 darah yang dimiliki oleh tubuh mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...