CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

Buat anakku...

Untuk membina anak yang soleh itu bukan mudah namun mengalami beberapa kesukaran dan cubaan tetapi walaubagaimanapun sebagai ibu & ayah kita dituntut supaya banyak bersabar dalam mendidik anak2.Hadis Nabi juga ada berkata " pabila matinya seseorang itu didunia ini maka terputusla ia terus dari segala amalannya kecuali 3 perkara :
  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Doa dari anak2 nya
Antara nasihat2 Luqman terhadap anak2 nya :
  1. Dunia ini umpama lautan, dan ramai manusia telah karam didalamnya.Jika kamu tidak mahu karam, isikan la ia dengan taqwa dan iman serta tawakal kepada Allah.
  2. Seandainya ibu & bapa marah kepadamu, anggapla ia sebagai baja bagi menanam segala ilmu untuk membina masa hadapanmu.
  3. Selalulah bermanis muka dan berbudi bahasa serta sematkan senyuman pada bibirmu.Nescaya kamu akan menjadi manusia yang dicontohi,dihormati dan disukai oleh orang lain.
  4. Jangan engakau berbohong kerna berbohong itu suatu perkara yang amat buruk dan pada suatu hari ia mungkin akan memakan dirimu kembali.
  5. Jangan la engkau terlalu memikirkan harta dunia, ambil la ia sekadar sahaja kerna di hujung nanti hanya amalanmu yang diterima.
  6. Jangan engkau bersahabat dengan manusia yang bermuka-muka.
  7. Jadilah insan yang sentiasa bersifat terbuka dalam menerima kritikan.
  8. Dekatkanla dirimu kepada Allah,kerna Dia hanya Yang Satu.
Ini adalah nasihat yang perlu kita amalkan bagi memupuk rasa sayang dalam diri anak2.Moga satu hari nanti MUHAMMAD AMIRUL DARWISY, akan menjadi seorang yang berguna di dunia dan  di akhirat..Mama & baba akan selalu mendoakan buatmu sayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...