CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 19, 2011

Sibukknya kita di dunia ini

Pada akhir zaman orang semakin lupa untuk beribadah. 
Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat. Tapi bila kita masih
lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya. Itulah
kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya
sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke
masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada
hari Jumaat. Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk
sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh
hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah,
tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar
Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat
pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu.
Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? 

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu
beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan
dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan
Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...