CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 1, 2011

Pesan ibu jangan lupa nak....




12 PESANAN YANG SERING DIBERITAHU OLEH IBU

1. Berbuat baiklah kepada semua orang. Kerana kehidupan amat sukar untuk dijangkakan. Jangan sesekali membenci seseorang kerana dikhuatiri kita memerlukan pertolongannya nanti.

2. Kepada anak perempuanku, apabila sudah besar, jangan sesekali memberikan semuanya kepada lelaki. Jagalah maruah dan kesucian dirimu.

3. Kehidupan tidak semudah yang d
ifikirkan. Seseorang tidak akan pernah puas di dalam kehidupannya dan berusahalah sebaik mungkin untuk mencapai apa yang diinginkan.

4. Didalam kehidupan janganlah sukar untuk memberikan pertolongan. Cuba lakukan apa yang kamu mampu, untuk siapa kamu rasakan perlu, dengan apa yang kamu miliki, dan di mana kamu berada.

5. Elakkanlah berkawan dengan orang-orang yang cuba mengajak kamu melakukan kejahatan. Jadilah diri kamu yang sebenar. Jangan biarkan orang luar untuk mempengaruhi keputusan dalam kehidupan kamu.

6. Jika ibu marah bukan bermakna ibu benci. Tetapi kerana ibu tidak pernah cukup untuk menyayangi dirimu. Ibu akan menyayangi dirimu sepanjang hayat.

7. Tidak kira bagaimana keadaan kewangan kamu nanti, jangan sesekali memenuhi segala kehendak anak. Kerana ia bukanlah satu cara untuk membentuk perwatakan yang baik, latih anak supaya berusaha untuk mendapat apa yang mereka mahukan.

8. Penuhikanlah dada kamu dengan ilmu sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan.

9. Tidak kira bagaimana ujian yang bakal kamu tempuhi nanti dalam memperlajari makna sebenar kehidupan, hadapilah ia dengan tenang.

10. Ibu akan sentiasa bersamamu tidak kira ketika kamu sakit, susah, tua, miskin dan sebagainya.

11. Hadiah paling bernilai yang mampu ibu berikan adalah kasih sayang ibu dan ayah kepadamu.

12. Setiap kesulitan yang kamu hadapi pasti ada sinar cahaya di hujungnya. Asalkan kamu tidak pernah untuk berputus asa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...