CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 14, 2012

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam



Bertuahnya badan dilahirkan sebagai wanita. Apatah lagi jika menjadi ibu mengandung. Memanglah orang sekeliling memberikan perhatian lebih, namun ganjaran Allah lebih lagi. Cuma, janganlah terlalu mengeluh apabila diri tidak larat etc. Sikit-sikit tu, kita tahanlah. Yang selebihnya, harap kaum bapa boleh lah bertolak ansur :) Bantu meringankan beban di mana yang patut.
  1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan juga pahala ibadat di malam hari.
  3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
  5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.
  7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan apabila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Sesungguhnya Islam memuliakan kedudukan seorang ibu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...