CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 30, 2011

Monday, November 28, 2011

Amirul darwisy 14 months


comel tak pic nie? haha..ni la ragam anak bujang namanya...macam2 dia boleh buat sbgi permainan...baldi pun jadi gak..hahaha..

perkembangan :

  • sangat2 cranky lately nie esp bila baba dia ada kat umah, jenuh nak melayan..tak tau la napa...
  • semakin lasak dan susah sket nk makan, bila nak suap pandai lari2, nyorok2..geram tengok..kdg2 telepas gak marah..hehe...
  • tido mlm sangat lena sampai kekadang tak bangun minum susu pun..mama dgn baba lagila lena..huahua...terok betul parent ni kan...
  • dah besar nie, tak banyak songeh sangat, pandai buat sendiri..main sendiri, tgk tv pun sendiri..leh la mama buat keje lain..the best part, suka sngt main air dlm toilet..risau mama okeh! kdg2 kita nk cepat terlupa nk tutup gate, dia cepat ajer ke toilet...huish! bahaya...
  • faham dengan apa yg kita cakap atau suruh..cnth nya, amil ball, kiss, bye2...good boy..


Wednesday, November 23, 2011

Saturday, November 19, 2011

SeC0nD BiRThdaY AdHa GiVEawAy


GA nie sempena birthday ke 2 anak tuan punya blog...


Selamat ulang tahun Adha...moga menjadi anak yang cemerlang dan dapat membahagiakan ibu bapa...

p/s: enclosed 25/11/2011


Thursday, November 17, 2011

Baby Love Night Tape

Salam u allssss....slmt malam....masing2 mesti duk ngadap tv tgk bola mas vs indo...hubby dgn darwisy tak berganjak dr depan tv tue..mama plak? layan blog lagi best...sambil2 jerit kat depan tv nie..huhuhu..tensen acik dgn pemain indo nie...main terjah jer..kasauuuuu habissss...kesian coach mas ong kim siew, kena halau dari padang..Opppssss...jauh benor lalut citer nie dari tajuknya..maaaf yooo...

Last few weeks ada request sample pampers baby love...akhirnya sampai gak depan mata...almost a month menunggu kooo...



Dah selamat guna pun...memang bagus, tip top..Darwisy guna dari kul 10mlm sampai 8 pagi, ok jer walaupun berat...boleh beli nie..khas untuk kegunaan malam sahaja..

COMFORT SLEEP, FAST DRY, ALL NIGHT LONG.

p/s : mas menang 1-0..huahuahua...suka suka



Doa supaya suami setia ke akhir hayat

InsyaAllah...

Bismilahhirahmannirahim....


MAKSUDNYA: Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

SURAH ALI IMRAN: AYAT 31

"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya"

caranya:

Baca doa ini setiap kali selepas solat. InsyaAllah,Nescaya Allah SWT makbulkan doa tersebut


MamaMikael 2nd Anniversary Give Away



selamat ulang tahun perkahwinan dear...
moga apa yg dicipta akan menjadi kenangan terindah sepanjang hidup..
dua jiwa menjadi satu, maka terbitla cinta yang agung seagung kasih yang Esa...
ida doakan moga berbahagia ke akhir hayat...



meh  join GA nie...enclosed 12/12/2011

Wednesday, November 16, 2011

wordless wednesday


ERYMIN'S GIVEAWAY


sangat simple GA nie...

oh ya, pemilik blog nie ada jual baju kurung kanak2...siap ada exclusive design lagi..sapa2 yg ada anak2 perempuan tu, meh order ramai2 yukss....

sapa nak join GA nie klik pada banner yer, closed date 30 Nov 2011



Tuesday, November 15, 2011

Darwisy, mama & hp

Nie latest pic of Darwisy..anak bujang sayang...suka sangat main hp mama @ baba, dh boring boleh terus lempar2..haha...angin jer cik non ooiiii...Bujang sorg nie peminat lagu hindi..sama mcm baba dia gaks..kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan...like farther like son...so, dia mmg sokmo amik hp kami nk dgr lagu pebret dia..FANNA...lakonan amir khan dgn kajol tu...smbl dgr boleh joget2, goyang2 punggung...haha..sooooo cuteee ank mama nie...

pp sangat tembam, mama suka gigit n kiss


nk nangis bl mama nk ambil phone

kena kacau..huhu

love u alwaysssss.....

Sunday, November 13, 2011

' Giveaway 7 days '

mood giler2 nak join GA nie..huhu...
 coz adiah nyer mmg best2...



nak tag :

"GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR"


sgt simple GA nie..nak tau adiah nyer apa?

"
"
"
"
"
"
"
"


mari join ramai2 noksss....


Friday, November 11, 2011

[11.11.11] 1st giveway Myna


mood suka2 nak join GA banyak2 nie..haha...

kali nie nak tag

mari ramai2 join ya

24 peringatan buat kaum hawa

1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w.,“Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).
6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.
20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil
* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.
21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.
22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.
23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.
24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Thursday, November 10, 2011

GA koleksi resepi nannie


Sejak menjadi fully housewife nie, sgt suka menjejak blogger yg sudi memberi resepi2 free..haha...

wish me luck...

p/s: sapa nk join leh la klik pada banner yer..

Entry malas...

Tuesday, November 1, 2011

Kuasa perkataan


Kuasa perkataan. Sememangnya tanpa kita sedar, perkataan mempunyai kuasa. Ia mampu membentuk diri individu. Perkataan yang dilemparkan mampu memberi respon positif ataupun negatif daripada diri. Ianya berbalik kepada perkataan itu. Oleh itu, jika kita ingin menjadi seorang yang bermotivasi, pemilihan perkataan adalah amat penting.
Dua perkataan yang dapat dikaitkan dengan persoalan yang sering dilemparkan kepada diri adalah Dua petarung yang akan bertarung untuk merebut 'kejuaraan diri'. Para petarung adalah 'Mengapa' dan 'Bagaimana'. Rasanya-rasanya, yang manakah adalah pemenang?
Bagaimana?
Bagaimana adalah perkataan berbentuk positif. Ia mengarah kita kepada sesuatu yang lebih baik. Contohnya apabila kita melihat sesuatu atau sedang menghadapi masalah, kita bertanya kepada diri ataupun sekeliling, bagaimana dia melakukannya? Apabila perkataan yang tepat dilontarkan, jawapan yang tepat juga dikeluarkan. Kita akan mula memikir dan mencari bagaimana perkara itu dapat dibuat atau diselesaikan. 'Bagaimana' membawa kepadapenyelesaian masalah.
Mengapa?
Seterusnya adalah 'mengapa'. Mengapa adalah perkataan yang membawa ke arah negatif. Apabila kita menghadapi masalah, anda mungkin mengatakan mengapa ianya terjadi kepada kita. Mengapa membawa kita kepada alam alasan. Ia membantu kita membina seribu alasan. Walau ia nampaknya 'baik' kerana membuat kita seorang yang tidak bersalah, tetapi sebenarnya ianya tidak membantu kita untuk masa jangka panjang. 'Mengapa' adalahperkataan lemah!
Oleh itu, apabila kita menghadapi sesuatu masalah atau keadaan, berhati-hatilah memilih perkataan yang ingin ditanya. Perkataan yang betul adalah amat penting dalam memperolehi keputusan yang diingini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...