CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 30, 2011

mari beramal...

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya.. 

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.. 

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. 

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.. 

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika brsama ALLAH



Subhanallah... SELAMAT BERAMAL... 

Thursday, September 29, 2011

Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

Darwisy 1 year old today...

Alhamdulillah,syukur...Awisy dah genap 1 tahun hari nie...setelah 365 hari dilalui dgn pelbagai dugaan, ragam dan kerenah akhirnya anak mama mencapai usia pertama..esok mama akan bawa Awisy pegi check up dan inj yer...


Add caption

  • Alhamdulillah, niat dan impian mama tercapai nak tgk Awisy berjalan sebelum usia 1 tahun..Awisy start jalan masa usia 10bln 6 hari..
  • Bila dah dapat kaki, habis satu rumah round, esp time makan, jenuh nak kejar satu umah...masuk bilik, kuar bilik..skrg tiap ptg akan bawa Awisy kuar main2 kat taman..dia suka tgk abg2 main bola..
  • Makin cranky dan dh pndi tanturm..sejak balik raya nie, asyik nk berkepit jer..masuk dapur, masuk toilet pun nak ikut..time mama masak, dia plak duk main pinggan mangkuk..then habis tudung2 tupperware dia campak masuk dlm toilet..geram tgk..bila marah, Awisy buat muka senyum2 jer..
  • Sangat aktif wlpun sedang demam..maklumla baru dpt skill br, berjalan...ermmm, skrg Awisy dah pandai tak mo mkn ubat..kena olok2 campur dgn air baru dia nak makan, tu pun kena pakai sudu tak mo pki syringe..nasib baik tak pandai nak luah balik.
  • Fav cartoon wonder pet, mickey club house, upin & ipin dan paling pebret boboiboy...dgn mama sekali melayan kartun2 nie..dah siap bleh hafal dialog lagi..haha..janji dia suka dan happy..
  • Pasal makan, kadang2 senang kadang2 susah...tgk mood dia..nak makan smbil tgk tv, time iklan2 yg best sng sket nak suap coz dia ralit tgk..kalau tak siap lari2 masuk bilik tak mo makan..
  • Walaupun 24 hours dgn mama kat umah tapi Awisy sng dekat dgn orang but, kalau pakcik2 atau atuk2 yg pakai kopiah atau songkok tu dia tak mo..kalau girl yg pki tudung n cantik2 dgn mudah dia nak dukung..ingat org tu nak bawa dia gi jejalan kot..hehe..
  • Gigi dah ada 3 batang, 1 kat atas dan 2 kat bawah..bolehla gigit2 manja pas nie kan..
  • Mama ucapkan selamat hari jadi sayang, moga hari2 yag mendatang Awisy dikurniakan kesihatan yang baik dan moga menjadi anak yang soleh serta baik budi pekerti..Amin...mama & baba selalu doakan Awisy dan sangat sangat2 kat Awisy...MMuaahhh...

Friday, September 23, 2011

Katakan tidak pada pergaulan bebas....no no no....

ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’”
Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. Kali ini penulis tampilkan batas-batas dalam pergaulan supaya menjadi bimbingan kepada khalayak remaja sekalian, iaitu:

  1. Pandangan
  2. Pertemuan
  3. Percakapan
  4. Berjabat tangan
  5. Bersentuhan badan

Pandangan yang dimaksudkan di sini adalah pandangan yang biasa bukan bertujuan untuk menimbulkan hawa nafsu sama ada dari pihak lelaki atau perempuan..’


Maksud pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.
Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.
Percakapan atau perbualan yang dimaksudkan di sini ialah apabila dua orang individu yang bukan mahramnya bertemu dan bercakap-cakap dengan tujuan tertentu yang boleh mendatangkan syak wasangka.
Dalam soal ini bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak untuk bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi percakapan yang dibenarkan ialah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja.
Berjabat tangan bermaksud menghulurkan dan menyambut tangan orang lain tanda hubungan silaturahim antara mereka, perlakuan itu meliputi lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan atau sebaliknya.
Bersentuhan badan bermakna apabila berlaku pertemuan mana-mana anggota tubuh badan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.
Sentuhan di sini lebih bermaksud sentuhan dengan sengaja, lebih-lebih lagi hingga menerbitkan keinginan nafsu. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”






Wednesday, September 21, 2011

im still learning...

Susah2 dan agak lembab..tu ajer yang bolek mama cakap dik non..ko tau sebab apa...ni la padahnya kalau canggih cengini...bukan apa, function sama cuma keypad nie mama lemah sket...sampaikan bila msg dgn my hubby, dia tanya kenapa lmbt bls msg, kenapa lain mcm jer tulis ayat tue, salah eja la..mcm2 lagi..
Nak tau aku nie tgk mengomel pasal apa...ni ha...
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
nokia x2-01

nokia N70
korang nampak kan perbezaan keypad tue..ni la yg menjadi masalah utama...im still learning ok..terkial2 menaip msg atau note ni ha..kejap2 kena delete..blm pun habis taip msg dah TERsend..huhu..penat cik ooiiii...kadang2 geram tahap GABAN dah...sabor..sabor...tu la, gatai sgt tgn nak memilih henpon cecanggih gini..padan muka...apapun, i likess......nampak sangat yg aku nie tak terror ...

wordless wednesday

ambik apa tue nak ooi....

Tuesday, September 20, 2011

simple makan2 for ex-officemate

minggu ke 2 raya buat makan2 kecil untuk ex-officemate..sajer ajak depa lunch kat umah, lama tak jumpa..almost a year gak le..masak pun simple2 jer..

nasi impit dan kuah kacang

spagethi

semestinya ada kuih raya...kuih tunjuk je semua tue,...haha

air yg sungguh sedap..

cik eija

tgk Awisy buat apa..

cik ct dgn cik noormye

Friday, September 16, 2011

15 jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasullah S.A.W bersabda : 


" Apabila umatku telah membuat lima belas perkara ini maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :


1 . Apabila harta negara hanya beredar pada orang - orang tertentu .

2 . Apabila amanah itu dijadikan sumber keuntungan . 

3 . Zakat dijadikan hutang .

4 . Suami memperturutkan kehendak isteri .

5 . Anak derhaka terhadap ibunya .

6 . Sedangkan ia berbaik - baik dengan kawan nya . 

7 . Suka menjauhkan diri dari ayahnya . 

8 . Suara ditinggikan di dalam masjid . 

9 . Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka .

10 . Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatan nya .

11 . Arak diminum di merata tempat .

12 . Kain sutera banyak di pakai kaum lelaki . 

13 . Para artis disanjung - sanjung . 

14 . Muzik banyak dimainkan . 

15 . Generasi akhir umat ini melaknat ( menyalahkan ) generasi pertama ( sahabat ) . Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di roboh menjadi makhluk lain . 

Tuesday, September 13, 2011

Sambutan birthday Awisy dan paksu Ayie part 1

Alang2 dah balik kampung tue, kami pun merancang nak sambut birthday anak bujang kami ni kat sana.Sajer2 menjamu sedara mara yg ada..meriah sket bila jumpa time raya nie..penuh umah uwan dengan gelak tawa anak cucu dan cicit..kami buat three celebration in one time..Mama,Paksu Ayie & Awisy..hehe..semunya lahir bulan september..

Jom layan gambar2 yang ada...menu sangat simple iaitu,laksa dan kuih raya..haha....

Ayie 11 thn & Awisy 1 thn




tiup lilin...tp tak padam pun..haha

yeye..tepuk2



cranky 




aummmmm...






Monday, September 12, 2011

Alhamdulillah,i'm 28 today


Selamat ulang tahun sayang...ewah..ewah....erm....dah menginjak usia 28 tahun, makin lama makin bertambah no itu ya...haha...hampir mencecah angka 3...2 more years to hit...

semalam masa shopping kat care4 hubby  ajak singgah kedai phone..nak belikan wife nyer ne hp baru erk..haha..maklumla hp nokia N70 tu dah tahap lelong..kejap ok kejap tak ok..kena ketuk2 plak tue..haha..nak tau hubby beli yg mana untuk wife tersayang nie...haha...

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


Nokia X2-01 ya..suka suka suka sangat...I amik warna putih yer, bersih lagi berseri cum gebu2 gitu..u oulsss jangan jelezzz yer...tima kasih hubby ku cayang....mmuahhhhh...opss...terover plak...

Anyway, hopefully tahun yg mendatang nie, aku akan lebih sihat dan bertenaga dalam menempuhi kehidupan bersama insan2 tersayang, semoga di murahkan rezeki keluarga chomel kami ini dan diberkati Allah...InsyaAllah...


Saturday, September 10, 2011

Cabutan Bertuah With CHimoro THe Cute..Cute ke.



Memang comel sangatttt...
GA kali ni anjuran miss chomelll CHIMORO

so, sapa2 nak join meh la clik banner tu erk...

kawan2 yg nak di tag...

P/s : suka sangat join contest2 nie...



Wednesday, September 7, 2011

Riang ria aidilfitri 2011,Darwisy 1st raya

Alhamdulillah, sebulan berpuasa tibalah masa untuk berhari raya..ye ye...Tahun nie amat seronok ..1st sebab ada Awisy and 2nd sebab tahun nie turn balik raya umah mak saya...di KL...haha..sangat2 syiokkk...Actually kalau di iukutkan nie tahun ke2 Awisy beraya...last yer Awisy lahir masa 17 syawal..bersamaan 27 sept 2010..masa tu masih dlm pantang lagi la..

1st raya gambar bertiga

ODW to n9 umah nenek


my hubby n my dad






Awisy with nenek

Monday, September 5, 2011

"Amadkhir's First Giveaway"

GA GA GA....haha...nie GA baru dari en Amadkhir...sapa nak join boleh la klik banner yer..adia2 semua sangat menarik...


di suruh mentag seorang kawan..erm...sapa erk...

kali nie tag ms anis la...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...