CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan Give Away



Nak dapatkan give away nie??Jom tgk syarat-syaratnyer...
1. WAJIB follow blog ni
2-  Linkkan GA to you ols punya blog atau fb. Tajuk :- Ramadhan Give Away
3- Tinggalkan link you ols di ruangan comment

TEMPOH
Dari 25/7/2013 sampai 31/7/2013. Winner will be announced on 1/8/2013

PEMILIHAN PEMENANG
Secara cabutan bertuah.

antara hadiahnya :

Add caption



nk join  KLIK SINI

Monday, July 29, 2013

Puasa dan menyusu


Alhamdulillah sedar tak sedar kita dah pun masuk 10 mlm terakhir ramadhan kali ini...sekejap sungguh masa berlalu...ditambah dengan kesibukkan menjaga 2 hero kesayangan ni...hiruk pikuk jugalah kadang kala...

Masa awal2 puasa hari tu, perahan EBM agak memberansangskan, ni dh akhir2 puasa makin merundum plak..pernah beberapa kali hasil pum cuma ddpt 1oz jer...hati mama mmg sedih yg teramat sangat, namun tk patah semangat...walau hasil 1oz tetap juga bagi Khaeer minum...pas tu kena la top up dgn fm..

Normally Khaeer minum susu 3oz dlm 2 jam..so mmg kena maitain fresh EBM untuk dia and Khaeer juga hanya minum fresh EBM sahaja...oo, sgt mencabar yer...

Saya keje? no, still lg fully housewife...tp Khaeer  nk suh mama dia ni jd EP mommy...masuk bulan ke 2 kelahiran Khaeer tk mo DF, so kena perah untuk dia...and dia sgt cerewet, nk yang fresh ajer...tk pe nak, mama rela apa saja untuk Khaeer...selagi mama mampu mama akan teruskan untuk sayang mama...sekarang masih lagi dlm proses nak ajar Khaeer DF semula...moga2 berjaya...Amin..


Sunday, July 21, 2013

Wednesday, July 17, 2013

Salam ramadhan



Salam Ramadhan semua...maafla lambat me 'wish'...hehe...bz sangat2...nk handle 2 anak, nak2 yg kecik ni acik nk bkepit jer dgn mama dia..jenuh, nk masak kena tunggu hubby balik...msa tu mmg kelam kabut masak, tung tang tung tang dlm dapur..hehe...

Apapun, moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna..InsyaAllah...



Friday, July 5, 2013

kelebihan hari jumaat



Semoga Jumaat Ini Menjadikan Kita Seorang Hamba Allah Yang Lebih Bertaqwa, Lebih Menyantuni, Lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang...DUNIA & AKHIRAT!

1.    Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”

2.    Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s  diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, RasuluLlah SAW bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3.    Penghulu Segala Hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
 4.    Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut RasuluLlah SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”

5.    Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6.    Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu  terdapat suatu masa di mana seorang hamba  mukmin  apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya  daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith RasuluLlah SAW  daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith RasuluLlah  SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi : Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar. (Riwayat Muslim)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...