CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 31, 2012

Moist Choc Cake



Selera makin besar plak sekarang nie..Cara nk buat senang ajer...

Bahan - bahan :
A
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu segar
1 cwn gula perang
1/2 cwn susu pekat
1 cwn minyak
( semua bahan masak atas api hingga sebati )

2 bj telur
bebrapa titis esen vanilla
( pukul pelahan gunaa whisk , tak perlu sampai kembang )

C
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sdk baking powder
1 sdk bikarbonat
( diayak bersama )

Cara-cara :
Masuk adunan A kedalam adunan B, kacau hingga sebati. Masuk adunan C sedikit demi sedikit  dan kacau hingga sebati.Kukus selama 1 jam, boleh dibakar juga.




Monday, January 30, 2012

Darwisy dah 16 bulan




Hohoho cepatnyer masa berlalu, dah 1 thn 4 bulan bujang nie sekarang..makin ligat, bijak dan cenggih...hahaha
last timbang khamis lepas...berat cuma 8.5 kg...ermmm pelik coz sekarang dia banyak makan tp makin kurang atau timbang kat klinik yg salah...tinggi plak 81cm..so bila kira BMI makin mendadak turun sampai zone kuning..hoho, tandanya kena makan lagi banyak, banyak dan banyak...

Dah boleh sebut a few words and fav word ialah boboboi...coz fav cartoon dia...pantang ada iklan kt tv3 terus jer jogat dan nyanyi...yg penting Darwisy sorg jer paham apa dia nyanyi..haha...

Amak = alamak
Adooo = habis dah
Ball = ball
Nak = makan
Kak = bukak
Dik = adik

Takat nie, masih lagi kuat bebel dan mengamuk main kuat esp kalau tak dapat buat sesuatu yg dia nak..


Saturday, January 28, 2012

Kenapa Darwisy still mkn bubur



Lamanya tak dpt update entry terbaru..bz le, lagipun line tenet maxis nie lembab...biasala ujung bulan...hari ni baru la selaju2 angin dia capai...huahuahua...

So, hr ni nk story mory psl bubur Darwisy..kenapa ek mama still bagi budak tenit ni mkn bubur, ada banyak sebab...PERTAMA : gigi hanya ada 5 batang..3 atas dan 2 bawah...KEDUA: budak tenit nie jenis malas nk menguyah, masuk mulut terus telan jer...tp suka mkn fingger biscuits...tak tau la ia kunyah atau telan terus..sedar2 dah abis..hehe..KETIGA : Darwisy tak suka mkn makanan yg keras2, yg jenis tak mudah hadam...nescaya dia akan otomatik muntah...jadi, nk menyenangkan cerita supaya perut si comel nie ceria seceria tuannya, mama rela msk bubur hari2 asalakn Darwisy berselera makan hingga licin...nyum..nyum..delicious...


bubur salmon :

butter
bawang
beras 
ikan salmon 
aprikot
labu


Fav Darwisy, labu...coz bila dah siap bubur tu akan jadi warna oren...lagi laju dia makan..kalau bubur plain warna putih jer, lambat nk masuk,main2 jer....pelik anak mama nie la..so, stok labu mmg sentiasa ada kt umah...


Sunday, January 22, 2012

My 2nd Giveaway



Syaratnya mudah sahaja :
Just sediakan satu entri penyertaan dengan tajuk "My 2nd Giveaway"
Upload banner giveaway ini ke dalam entri penyertaan tersebut 
Dan 'backlink'kan ke entri ini
Lastly, just tinggalkan komen dan hyperlink entri penyertaan tersebut
Pada ruangan komen di bawah
Penyertaan boleh dihantar 
Mulai jam 10pm/ 18 Januari 2012 
Dan berakhir pada jam 10pm/ 24 Januari 2012
Result in sya Allah akan diumumkan pada jam 10pm/ 26 Januari 2012

Hadiahnya?
3 hadiah utama yang saya tawarkan ialah
2 netbook case beserta fridge magnet dari Cameron Highlands
Dan 1 naskhah cinta 
(Koleksi buku surah Yaasin, al-ma'thurat, asma'ul husna dan surah2 amalan)



Tuesday, January 17, 2012

First Giveaway By Butik fiQ'Ra





Syarat2 nyer :

1) Buat 1 entry di blog masing masing, dengan tajuk 
" First Giveaway By Butik fiQ'Ra "
2) Letakkan banner giveaway di entry ( linkkan sekali )
3) Tag kepada 3 rakan blogger ( diorang mesti tahu )
4) follow Butik fiQ'Ra dan Like page Butik fiQ'Ra 
5) hantarkan link entry ke entry ini ( sertakan id follower & id facebook )

random.org yang akan memilih pemenang dan cukup syarat :)

Pemenang pertama x2
sehelai shawl +  sehelai inner bawal

Pemenang kedua x3
sehelai inner bawal + 1 pcs brooch ribbon

Top referral x1
wang tunai RM30


closing date : 31 Jan 2012

klik banner yer sapa nk join

nk tag :






Hadiah kemenangan GA ke 4 sudah sampai



Alhamdulillah....Ya, ini hadiah GA yg ke 4 yg aku menang tahun lepas...mesti korang tertanya2 kenapa skrg baru update kan...coz, adiah nie bau sahaja di terima...sedikit lambat atas sebab2 tertentu..tak pe, tak marah pun..janji di terima dgn slamat dan dgn hati yg terbuka...huhu...

Hadiah ni dr GA cik chimoro......tahun lepas menang 7 GA..lg 3 hadiah masih di nanti2 kan..hehe..

Monday, January 16, 2012

My new shoes



Tgk pada tajuk pun dah pandai kan....hehe...trimas banyak2 pada hubby coz beli sandle baru buat wife nie ek...memang hajat nk beli last month masa cuti2 Melaka tapi tak der yang best dan berkenan di mata hati...

So,last saturday ajak hubby gi Jusco Bandar Perda coz ada J'card day sempena CNY nie..maybe ada banyak less...memandangkan en hubby pun nk cari kasut baru coz dia nk gi Phuket next month, boleh sajer katanya...

Inilah hasilnya..


NYC for mommy no diskaun

Larrie for daddy 50% diskaun

Last but not least for sin chan, Darwisy...hehe 70% diskaun

And we get Jusco voucher Rm5. Sapa2 yg beli barang over Rm100 will get voucher worth  RM5...best kan...






Thursday, January 12, 2012

Suami Isteri



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:" Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu."
Riwayat Ahmad
Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.

Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: "Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 34)

Wednesday, January 11, 2012

January 2012 Blog Giveaway



syarat2 nyer :

1. Anyone can join this giveaway. Blogger, facebooker, twitters.....practically anyone from all over the world. :)
2. Just make a post about this giveaway at your blog or at your facebook or at your twitter. If you don't have a blog or facebook or twitter account, then just write your details at the comment box.
3. Write this details at the comment box : 
    - Your full name
    - Your email address
    - The link to your post (if any)

closed date : 31/01/2012


p/s: nk join klik banner yer 

Tuesday, January 10, 2012

GA PERTAMA SICANTIK SIEZUKA




Syarat2 GA simple jer :


1. WAJIB lah menjadi FOLLOWER blog ini

2. Tajuk Entry, GA Pertama Sicantik Siezuka

3. Copy BANNER Siezuka kat atas ni dan link kan ke entry ini

4. Dalam entry tu WAJIB bagi komen tentang blog ini (Kelebihan & kekurangan)
5. Tag 2 orang kawan anda yang comel-comel & handsome-handsome, pastikan diorang tahu

6.  Last, Letakkan link korang kat komen entry ini

Hadiah pun awesome...sapa nk join klik banner yer..tarikh tutup 31.01.2012

= terpikat dgn blog si cantik siezuka nie coz tema nyer warna purple..my fav colour..blog nie simple but nice means tak berat mata memandang dan tak berat sgt nak loading...dan dah tentu tuan empunya nyer sangat cantik..( puji ikhlas nie ) 
  

nak tag :



Monday, January 9, 2012

Trip to Melaka- Day 1


Happy monday preepsss....jom kita continue pasal trip ari tue yer...
We all gerak dari KL umah my mom dlm kul 11.30am...tolak lmbt sket coz dkt je kan..hehe...ODW to Melaka sempat sms dgn my sis tanya hotel mana yg ada swimming pool...Cozzzz, my hubby gatal nk berendam...haha..at first ingat nk stay kt hotel budget jer, tp tak sangka hubby nie ngidam nk ber-swimming pool plak..so, my sis recommend Grand Continental Hotel..masuk town Melaka dah jumpa, senang jer...
But...indah kabar dari rupa you all...nnti I story mory k pasal GCH nie..

After check in rush hubby ajak gi bandar, lapor giler coz tak lunch lagi, jam masa tu dah hampir 3 pm..lepas mkn baru kami jalan2 bandar...just to survey place n tmpt shopping..First place kami terjah Menara Taming Sari dgn Kapal Belanda...masa tu dh kul 4.30pm...nk masuk muzium cuma 1 jer sempat yg lain dh tutup..






Excited coz bawah tu ada sungai



takut dgn replika angkasawan kat sblh tu..huhu


Dah round pusing2 Bandar Hilir, kami pun balik la hotel..ok, nk dijadikan citer..memang..memang hot ok...kami tak jumpa jalan nk balik hotel dgn berpandukan tanda arah ke higway kl-johor pun susah nk jumpa..sampai hotel masa tu dh pukul 7pm..ha..jenuh...nasib baik hubby jenis cool jer...tp aku yg hangin satu badan...nasib baik sempat tgk final episod Tentang Dhia...tangkap syahdu dgn citer tu..

Mlm kami ke bandar lagi, cari mkn...area hotel semua restoran cina..Dinner mlm tu, nasi putih tiga, ketam masak lemak, daging kicap, asam pedas ikan tenggiri, nescafe dgn milo = total damage : rm 32.00...huahuhahua....


Pas makan masuk Kompleks Dataran Pahlawan , ingat nk shopping tp banyak kedai dah nak tutup..so, cuci2 mata je la...dah sekali lagi kena la bersesat barat sebelum temui jalan balik ke hotel..Again again and again...


 


Saturday, January 7, 2012

Zaman kita dolu-dolu..- 80's


Ingat x benda nie?? :)

1-Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kt parents nk beli walaupun cerita buku tu dah tau.

2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai sana...
... 
3-Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan buku Nilam tu.

4- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

5-Pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die..

6-Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

7- Pakai pembaris yg bergerigi,,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende berkilat dlm air tu...

8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ.

9-Bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan.

10-Datang sekolah awal2 pagi,,pastu pinjam buku kawan sbb takot kene cikgu denda kalau x siap kerje sekolah.Mase tu mula lah tulisan macam cakar ayam!

11-Selalu je kene berdiri kat atas kerusi,x pun kat luar kelas sebab x buat homework.

12- Time pendidikan seni, lukis semua boleh...Cantik plak tu. Tapi bile time warna semua hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

13- Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

14-Beli buku peraduan lekat2 digimon laa... Habis satu buku siap lekat ngn sticker,,tp x mnng2 gk.

15- Cakap x takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... Ade yg nangis2 plak tu..

16-Balik skola beli JoJo,,tak pun beli Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

17- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV boleh tembak alien tu..Tapi bile dah masuk darjah 5,6,,da upgrade ke ksut brtali / kasut yg ade gtah kt dpn tu.

18- Siri kartun Dragon balls, Power Rangers, Ultraman, Ninja turtles, Thundercats, Maskman,Gaban,Doraemon,Powerpuff Girls, dan mcm2 lg. Jangan lupe semua ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..Asyik ngadap TV n PS je..

Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu..Ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih.:)

*Ada yg kena ngan korang ker? mesti sambil baca korang gelak dan hangguk kepala kan..yes  yes yes...hahaha....


Friday, January 6, 2012

Ukhuwah itu indah




Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.
Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hati
Apa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...