CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 29, 2013

Kebun mini TD dah togel...



yeh, dah togel...atas sebab2 tertentu..dah tentu2 tuan tanah kedaung yang sokmo siram menyiram akan bercuti...hoho...oleh sebab itu sila la togelkan kebun mini ya..supaya tak naik semak samun dan segala serangga , mak bapak ulat tk bertenggek nanti..hehe

Sapa yang rajin nak togelkan kebun ni? dah tentu dan confirm my hubby, my love...tu pun pas tgk bini dia tertonggeng2 duk menebas dengan parang kontot..haha...bukan nak derhaka, tp tak sanggup nak tgk kebun mini tu naik lalang...so, kena la rajin menebas ye puan2..walaupun sedang memboyot...








Monday, March 25, 2013

37 weeks sudah...


Alhamdulillah, dah masuk 37minggu & 3 hari....3rd trimester yg amat mencabar...mlm susah nak tido, sakit belakang, sakit perut, sakit dkt ari2...huhuh..mcm2 ragam ibu mengandung ni..hubby plak, sentiasa standby, asal message masuk jer, tanya wifey dia dah nak bersalin ker? huhu, kalah kalut ms 1st time dulu..hehe...

And this weekend kami akan balik ke KL, mmg dah plan nak bersalin kt sana..umah my mom...senang sket, ada org nak take care anak bujang bucuk mama ni...Awisy...

Awisy? banyak ragam? takat nie manja tu mcm biasa jer...tk plak ada rasa jeles2 tgk adik dlm perut mama...dia slalu gosok perut mama and say Hi kat adik...tak sabar nak tunggu adik lahir yer sayang...sekarang ni kami laki bini sedang bg dia paham, tak lama lagi adik nak lahir..so, tak leh manja sgt...apapun Awisy ttp mama & baba sayang..sayang ketat2...

Sebelum tido mesti nak tgk muka Awisy puas2, pas tu cium..suka tgk gelagat dia time tido...indah...nnti bila mama duk spital, mesti rindu nak cium Awisy..huhu

Apapun, doakan moga semuanya selamat...Amin


Sunday, March 10, 2013

Tahukah anda fakta tentang bayi didalm kandungan ?


1. Di sekitar usia 3 bulan usia di dalam kandungan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9.Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel...

BAYI SEMEMANGNYA AMAT2 COMEL TERUTAMA ANAK SENDIRI..HUHU



Friday, March 8, 2013

5th Anniversary Mini GA







1. Terbuka kepada blogger yang duduk menetap di MALAYSIA aje ye...
2. Tempek header saya kat entry korang ye..
3. Tinggalkan link url entry korang kat kotak komen nih.
4. Tarikh tutup : 31 Mac 2013 (Tamat pukul 11.30 malam)


Hadiah yang bakal dimenangi :

Tempat pertama : Cardigan labuh + Sehelai Tudung 
Tempat kedua : Sehelai tudung + Kerongsang
Tempat ketiga : Inner neck + Kerongsang

3 pemenang saguhati

Kerongsang x 3 orang pemenang





Kaum Adam yang bergelar Suami


UNTUK KAUM ADAM YANG BERGELAR SUAMI

1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.

2. Jika marah boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya)

3. Jantung rumah adalah seorang Isteri. Jika hatinya tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada gurau tawa, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia & kau akan merasa seperti di syurga.

4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin perhatian. Dengan begitu maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.

5. 2 org yg tinggal 1 bumbung (menikah) tidak perlu berdebat, bertingkah, siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.

6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sulit, maka wanita tersebut akan meninggalkan mu dan punya lelaki idaman lain di belakangmu...ttp tidak isterimu.

7. Banyak isteri yang baik. Tapi di luar sana terlalu ramai lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan n PERHATIAN terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan n kecewa, sebab dia akan sulit sekali untuk kembali..

----------------

#seorang wanita bergelar isteri sgt sukar dibaca isi hatinya..dgrkanlah luahannya..leterannya..dan kamu akn mngerti apa yg tersirat..hnya ingin belaian n perhatian..bukan org lainpun ..isteri sendiri juga#




Thursday, March 7, 2013

One after Another....


Bulan lepas kisah kancil yang masuk workshop....hari ni kisah alza putih plak...aduhai...dugaan sungguh buat kami suami isteri nie...

Kisahnya ....


Tau perasan la bila kena, maybe masa lalu higway ke Autocity kot...ntahla...yang pastinya bakal melayang RM 700 untuk ini..huhu...sabar jela...setiap dugaan pasti ada hikmah kan?...

Apapun doakan kami sekeluarga selamat hendakNya...



Wednesday, March 6, 2013

SERONOKNYA bila BERKAHWIN...WEEhaa....



1) Ada teman yang halal untuk melakukan segala-galanya; makan, tidur, berjalan-jalan, tengok wayang, shopping dan sebagainya. Apabila berjalan pegang tangan, terus dapat pahala dari Allah. Kalau tidak berkahwin, dapat dosa pula.

2) Adanya orang yang sentiasa bersama waktu senang, susah, kacak, selekeh (bangun tidur especially), kaya, pokai, gembira, duka dan sebagainya.

3) Ada isteri/suami yang
akan mengimbangi kekurangan diri kita, seterusnya melengkapkan diri kita untuk menjadi seorang yang hebat. Suami isteri yang bersikap bertentangan adalah yang terbaik. Contoh, apabila seorang suami mudah marah, selalunya akan dapat isteri yang sabar. Dalam masa yang sama suami juga akan belajar/berjangkit sifat sabar.

4) Akan
mengalami kebahagiaan yang hanya orang berkahwin sahaja alami. Jika anda rasa bercinta itu bahagia, berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia. Percayalah!

5)
 Boleh berjimat duitdan mampu mengumpul harta. Jika bercinta, kos hidup menjadi dua kali ganda (sewa rumah, telefon, bil, makan). Kajian menunjukkan pasangan berkahwin lebih banyak memiliki harta berbanding mereka yang tidak berkahwin.

6)
Dapat zuriat. Jika berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia daripada bercinta, memiliki seorang anak pula akan memberi lebih lagi kebahagiaan kepada kita. Hanya orang yang mempunyai anak sahaja yang tahu. (Anak kucing, anak hamster atau anak tekak tidak termasuk ya..)

7) Kita akan dapat kepastian yang tidak berbelah bahagi tentang kasih sayang dan kesetiaan suami/isteri kita. Kalau bercinta, masih tidak pasti dia betul-betul setia selagi dia tidak mengahwini kita.

8) Kita akan dapat satu perkara paling best iaitu
PELUKAN dan CIUMAN. Dua perkara ini adalah satu anugerah untuk orang yang berkahwin. Melaluinya jiwa kita akan sangat tenang dan gembira, malah jika selalu diamalkan akan menjadi awet muda dan berseri-seri!

9) Faktor yang terpenting adalah untuk
mencari keredaan Allah dan mengelak daripada melakukan maksiat.

Apa lagi, yang bujang-bujang cepatlah berkahwin. Gadis janganlah letak hantaran tinggi sangat ya (^^)

Demikianlah hikmah perkahwinan yang boleh kita dapat manfaatnya.. In Shaa Allah




Tuesday, March 5, 2013

Mommy & baby bag






Alhamdulillah, dah siap beg mommy & baby nak ke spital nnti...semangat tak mommy? br msk 34 weeks dh siap packing semua..hehe...senang..nnti nak pack brg balik KL plak...InsyaAllah akan bersalin kt KL untuk 2nd baby ni..dalam beg ni semua dh lengkap kecuali minyak panas n breast pump...

Nampak warna beg pun dah leh teka gender baby kan? hehe....InsyaAllah baby boy, leh geng dgn abg Awisy and baba nnti...geng mama? nnti2 kita plan yer..huhu....apapun syukur...jimat sket coz brg abg Awisy msh banyak yg boeh guna even ada yang masih baru lg...yer, ms time abg Awisy dulu rezeki murah, dpt banyak adiah...so, ada yang tak sempat @ tak muat nak diguna...ble la adik guna...

Nama? rahsia..nnti dh keluar  baru diumumkan ya..so, wait...


Monday, March 4, 2013

what mommy buy @ Baby fair Aeon JJ



27 feb - 3 mac haritu Aeon Bandar Perda buat Baby fair...so, banyak gak la barang baby n mommy yang murah...tapi tujuan asal cuma mmg nak beli satu barang jer...apa erk?



Disposable breast pad, mmg dh lama cariii..tp tak de sale yang murah..kali ni jumpa mmg murah sangat2...




harga asal untuk 36pics, rm 36.00...tapi after sale...jadi RM16.00 murah kan?...hehe...

Alhamdulillah....cuma tinggal nak beli minyak panas dan set bersalin jer...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...