CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 29, 2012

Gambar raya 2012~ ini je yang adooo



Tahun ni amat mencabar minda dan segala kudrat yang ada..haha...nak tangkap gambar pun tak menyempat..coz anak bujang ni sebuk duk lari pusing satu rumah...pantang nampak tangga, ala2 jakun  gitu..haha...jadi ni ajela yg ada...


org lain sebuk mkn kuih raya, tapi Darwisy sebuk belasah kacang raya...haha...


gurau2 senda dengan adik Yusuf


tak menyempat nak snap pic...dengan badan mama yg kurang sehat dan perut yang tak berapa nak semangat, gagah juga  la ziarah rumah sedara2.. makan pn ala kadar, semua tak boleh diterima tekak yg tak menentu buat masa nie....cabaran sungguh time nie..harapkan en hubby la duk layan kerenah si kenit manja nie..duit2 raya pn dah selamat masuk bank...tak leh pegang lama2, nnti makan susut..haha...Alhamdulillah



Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri ~ kami di Terengganu



Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang untuk bernafas di bumi Allah ini, moga sempat menyambut Aidilfitri tahun ini, InsyaAllah..

BAru jer sampai ke Kuala Terengganu ptang semalam, alhmadulillah jalan tak jem sangat...cuma bnyak berhenti, mommy punya pasal..haha...pasal apa, nanti lepas raya kita citer yer...

Tahun ni persiapan simple jer, cuma lebih pada yang kecil tu, biasalah mak pak bila ada anak, anak mesti lebih-lebihan dari mak pak nyer...kami cuma sehelai sahaja, yang berhelai2 buat Darwisy...hehe, biarlah, budak2 baru nak belajar beraya...kasi happy sket...lagipun pas raya ni banyak nak pakai duit, untuk              ' Teratak Darwisy ' kami...syukur...

Pada rakan-rakan blogger aku nak ucap

Selamat Hari Raya
Maaf zahir Batin andai ada tersalah silap








Tuesday, August 14, 2012

Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam



Bertuahnya badan dilahirkan sebagai wanita. Apatah lagi jika menjadi ibu mengandung. Memanglah orang sekeliling memberikan perhatian lebih, namun ganjaran Allah lebih lagi. Cuma, janganlah terlalu mengeluh apabila diri tidak larat etc. Sikit-sikit tu, kita tahanlah. Yang selebihnya, harap kaum bapa boleh lah bertolak ansur :) Bantu meringankan beban di mana yang patut.
  1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa di siang hari dan juga pahala ibadat di malam hari.
  3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
  4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
  5. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
  6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa.
  7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
  9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan apabila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Sesungguhnya Islam memuliakan kedudukan seorang ibu.


Wednesday, August 8, 2012

Alhamdulillah rezeki ramadhan



Alhamdulillah, dipilih sebagai one of the winner dlm contest ramadhan pn liza

Hadiahnya sangat berharga, tak boleh tukar beli dengan duit.  Masa buk bungkusan ni td, sangat2 speechless...thanks ya pn liza, saya sangat menghargainya...moga pemberian ini dapat memberikan pahala yang berlipat kali ganda buat pn liza...







kemenangan : ke 8
tahun : 2012

Tuesday, August 7, 2012

Baik hatinya pn yumie lufya nie...syok

walaupun tak menang tapi tetap dapat duit saguhati..best...tima kasih banyak2...
" Yumie juga tak sampai hati nak kecewakan hati anda semua dan sebagai tanda sokongan anda terhadap contest Yumie yang tak seberapa ni..Yumie akan hadiahkan jugak cash rm 10 sebagai hadiahnya,mohon maaf dari Yumie jika rm10 nilainya kecik untuk Anda,tapi hanya itu aje yang termampu..Jangan sedih sedih ya..Lain kali cuba lagi..Ini adalah senarai peserta yang turut serta menjoinkan diri dalam contest ni..Mereka adalah
http://mycontest-giveaway.blogspot.com/2012/08/kenangan-indah-berhari-raya-bersama.html
http://sicomelkuberaksi.blogspot.com/2012/08/peraduan-indahnya-hari-raya-bersama.html
http://zuehasnul.blogspot.com/
http://lilprincecharming-asmieyra.blogspot.com/2012/07/jom-join-yumie-lufya-contest-2012.html
http://ielalie.blogspot.com/2012/07/kenangan-indah-berhari-raya.html
http://shahida-mysweetlife.blogspot.com/2012/07/indahnya-hari-raya-bersama-yumie-lufya.html
http://whafazah.blogspot.com
http://mummyqaid.blogspot.com/2012/07/peraduan-indahnya-hari-raya-bersama.html
 Dan bagi menghargai jasa seorang blogger,walaupun dia tak join contest ni tetapi tetap sudi war-warkan contest Yumie,Yumie dengan senang hatinya bagi cash jugak untuk dia.TQ Kak Ila sudi share contest ni...
http://kokoadik.blogspot.com/2012/07/haiiii-dah-lama-ne-tak-menang-offline.html"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...