CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

Buat anakku...

Untuk membina anak yang soleh itu bukan mudah namun mengalami beberapa kesukaran dan cubaan tetapi walaubagaimanapun sebagai ibu & ayah kita dituntut supaya banyak bersabar dalam mendidik anak2.Hadis Nabi juga ada berkata " pabila matinya seseorang itu didunia ini maka terputusla ia terus dari segala amalannya kecuali 3 perkara :
  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang bermanfaat
  3. Doa dari anak2 nya
Antara nasihat2 Luqman terhadap anak2 nya :
  1. Dunia ini umpama lautan, dan ramai manusia telah karam didalamnya.Jika kamu tidak mahu karam, isikan la ia dengan taqwa dan iman serta tawakal kepada Allah.
  2. Seandainya ibu & bapa marah kepadamu, anggapla ia sebagai baja bagi menanam segala ilmu untuk membina masa hadapanmu.
  3. Selalulah bermanis muka dan berbudi bahasa serta sematkan senyuman pada bibirmu.Nescaya kamu akan menjadi manusia yang dicontohi,dihormati dan disukai oleh orang lain.
  4. Jangan engakau berbohong kerna berbohong itu suatu perkara yang amat buruk dan pada suatu hari ia mungkin akan memakan dirimu kembali.
  5. Jangan la engkau terlalu memikirkan harta dunia, ambil la ia sekadar sahaja kerna di hujung nanti hanya amalanmu yang diterima.
  6. Jangan engkau bersahabat dengan manusia yang bermuka-muka.
  7. Jadilah insan yang sentiasa bersifat terbuka dalam menerima kritikan.
  8. Dekatkanla dirimu kepada Allah,kerna Dia hanya Yang Satu.
Ini adalah nasihat yang perlu kita amalkan bagi memupuk rasa sayang dalam diri anak2.Moga satu hari nanti MUHAMMAD AMIRUL DARWISY, akan menjadi seorang yang berguna di dunia dan  di akhirat..Mama & baba akan selalu mendoakan buatmu sayang.

Wednesday, March 30, 2011

My breakfast...yummy

Di sebabkan I sorang jer kat umah every morning so, tahap kerajinan nak masak breakfast pagi2 bergantung pada tahap kelaparan perut comel nie..haha...Normally memang tak rajin nak buat breakfast except hari ahad saje coz my hubby ada kat umah.Makan berdua lebih meriah dan mengeyangkan..haha..betul tak?? 

Bila ada kerajinan nak buat, inilah hasilnya..
"
"
"
"
"
"
"
Taraaaaaa....
"
"
"
"
"
"
"

Very simple, cepat & pantas..Yang penting adalah kesedapannya..hahaha.Walaupun tahu how important breakfast to our everyday live tp memang aku suka sangat skip benda nie..yela, bagi aku yang housewife yang memang tak banyak buat keje umah selain dari membasuh,memasak dan mengemas serta berFB dan berBLOG nie,memang sukar mengeluarkan peluh yang menitis2..haha..apatah lagi bayiku yang comel nie masih kecil dan belum pandai nak tolong mamanya mengemas a.k.a menyepah..haha..cuma takat nie dah pandai menyepah bakul bedak ajer..tupun dengan muka yang sungguh teruja...



Monday, March 28, 2011

Fabulous mom


I LOVE TO BE A MOM...

His first solid food


Taraaa...inilah makanan Darwisy untuk permulaan...Memang susah nak bagi makan, coz dia suka ketip mulut time makan...kadang2 buat2 nak muntah..maybe baru lagi kot, Darwsiy tak biasa lagi...
Pagi nie try bagi darwisy cerelac oat with prune..nampak dia ske plak, maybe ada rasa manis & masam sket kot..kalau bagi yang rice sahaja, dia tak mo sangat even mama campur dengan susu pn dia macam tak berminat..

Semalam ada buat bubur nasi campur dengan carrot & potato...tapi dia tak mo, so mama try bagi cerelac ajer buat masa  nie...bubur nasi tu akan diusahakan semula nnti..

Sunday, March 27, 2011

Amirul darwisy is 6 months today



happy dpt carseat


Alhamdulillah...darwisy dah masuk 6 bulan hari ini..lmbt sket dapat upload citer coz bz hr nie..hehe
Cepat betul masa berlalu, rasa cam semalam jer baru darwisy lahir ke dunia.Semakin montel dan cerdik.

  • Semakin cerdik dan mula mengenal mama & baba.
  • Tak suka kena tinggal sorang2, ataupun boleh dikatakan penakut..haha..pantang mama atau baba hilang dari depan mata, terus teriak..kadang2 tu dia memang sengaja jer nak teriak..test suara kot..manja..
  • Hari nie try bagi makan bubur, tp macam tak suka jer.Tengok air muka berkerut2 masa makan.
  • Dah semakin lasak,kalau dulu time tido golek2 separuh tilam, sekarang dah melangkaui mama dan baba..kadang2 siap boleh gole sampai kaki mama..macam2, lasak sungguh.
  • Paling suka dapat keluar rumah, macam setahun tak keluar rumah.Kepala tu pusing kiri kanan..Dan paling suka bila ada orang tegur, sengih sampai ke telinga..
  • Dah mula mengesot, tapi agak kebelakang sket..kiranya mengundur..haha
  • Mulut semakin becok dan bising..Fav ayat, babababababa...
  • Air liur semakin banyak plak meleleh, geram tengok.
  • Ske mumbling dan nyanyi sorang2..haha

Wednesday, March 23, 2011

COMELLOTE NEW BORN CONTEST by Amieylee & Iedaremy


Saje2 nak join contest nie..memang cute pic tu kan...

nie plak pic ida untuk contest nie..


NAMA : MUHAMMAD AMIRUL DARWISY BIN ABDUL HARITH
UMUR : 5 BULAN 24 HARI
NAMA IBU : NURUL SHAHIDA BINTI MOHAMAD IBRAHIM

So guys, wish me luck ya...



Tuesday, March 22, 2011

Baby blanket

Baby blanket cum comforter.Rm 22.00 exclude posting.
Terhad satu design untuk satu barang sahaja.






Monday, March 21, 2011

Jalan2 Terengganu

On our way to my MIL house, we all singgah dekat Pantai Rhu 10, sempadan antara Kelantan dan Terengganu..Just drop by untuk tunjuk pada Darwisy laut & snap some picture..hehe..Very nice view..we all sampai sana dlm waktu afternoon, so cuaca agak panas & windy coz sekarang time laut bergelora..ombak memang tinggi masa tue..so, kami snap pic tepi2 jer..tak berani nak turun sampai gigi pantai tue..

Nice kan view kat belakang tue..

this boy is so happy see the sea..


bundle of joy with his laughing & smile


And after majlis menghantar my SIL to her MIL house, just nearby..about 10 mins drive..we all bercadang nak singgah Pasar Payang kat town Terengganu..On the way tue kami  perasan ada port baru siap kat belakang Pasar Payang nie..so, apa lagi, time to snap..more & more pics...

di seberang sana terletaknya Masjid Kristal 







Saturday, March 19, 2011

Love....


Love is so sweet until you can forget the whole world..

Friday, March 18, 2011

BPA free???

1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

4.        APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5.        BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:
  • Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
  • Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi
6.  APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?
  • KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.
  • KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.
  • KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.
7.  MENGAPA KKM  MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. 

KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8.  KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?
Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9.  APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut : 
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
  5. Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.
10.    APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat.  Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11.    APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN? 
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti  yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.

12.    APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG  PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT? 
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

13.    APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012? 
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14.    ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15.    BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini. 

Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16.    ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA? 
Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, danstainless steel.

17.    ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?
Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin. 

18.    APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19.    KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?
Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.

Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).

KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini.

Tuesday, March 15, 2011

My SIL wedding

Few photos from the wedding...on 12 March 2011..congrats to Samsiyah & Muhamad Rezuan...semoga berbahagia selamanya dan cepat2 dpt anak yer..

Seronok dpt jump ramai org









Dr pihak lelaki

Dr pihak perempuan
















Friday, March 11, 2011

we are safely arrived at Terengganu

Yeah..finally we are safely arrived at Terengganu yesterday at 3.30pm..after almost 8hours travelling by car...Alhamdullilah, darwisy pn tak banyak ragam, bangun main & tido ajer..hehe...We will be here until next monday..for my SIL wedding...

Tuesday, March 8, 2011

What is eczema...

The meaning of the word “eczema” can cause confusion. Many people use this word to refer to a common skin condition called atopic dermatitis. 
The exact cause of other types of eczema is not fully understood One type of eczema, irritant contact dermatitis, develops after frequent exposure to a mild irritant such as a detergent or brief exposure to a strong irritant such as battery acid. Another type, allergic contact dermatitis develops when an allergen (substance to which a person is allergic) touches the skin.
Before prescribing a treatment plan, a dermatologist considers the type of eczema, extent and severity of the eczema, patient’s medical history, and a number of other factors. Medication and other therapies will be prescribed as needed to:
  • Control itching
  • Reduce skin inflammation
  • Clear infection
  • Loosen and remove scaly lesions
  • Reduce new lesions
    The type of medication prescribed will depend on many factors, including the type of eczema, past treatment, and the patient’s preference. Topical (applied to the skin) medication is frequently prescribed. If the eczema is more severe, phototherapy (a type of treatment that uses light therapy) or systemic (circulates throughout the body) medication may be prescribed. 

Sunday, March 6, 2011

Packing time...

Ya..it;s packing time...hehe...khamis nie kami sekeluarga akan balik ke Terengganu..for my SIL wedding..balik Penang plak next monday..agak lama gak balik kali nie, dalam 5 hari..
So, biasalah tugas bini kan...packing ler...banyak barang nak bawa kali  ie termasuk la cadar pengantin, adiah pgantin dan tak lupa juga adiah untuk baby newborn, cucu family yang k 17..haha..kali nie balik kena spare banyak baju kurung..biasa time raya jer spare banyak2, kali nie ada 2 kenduri so kena la bawa banyak2..

Thursday, March 3, 2011

March event..

Every year, bila sampai bulan March ialah bulan yang penuh dengan pelbagai agenda...dalam kalendar bulan March la yang paling sibuk dan penuh dengan tanda2 pangkah..Why???? Coz, almost my family member lahir pada bulan nie...ya, benar....nak juga tau mcm mana my parents plan kan..hehe...

It's started with my mom..Pn Zainon..

Mom bitrh date was on 1st of March...
Follow by my 3rd sister...Noraini

She's on 3rd of March..

Then my dad...En Ibrahim..

He's on 1o of March..
Finally, my 2nd sister..Hairunnisa..

She's on 23rd of March...

Except me and my youngest brother, both of us was on September...Haha...Menarik kan..So, pada bulan nie la boleh dikatakan bulan paling pokai, coz kena beli adiah banyak2...tapi biasa nya I beli untuk both my parents jer, untuk adk2 belanja makan lagi senang..haha..teruk2..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...