CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, October 25, 2013

Wanita...Ibu



Indahnya kejadian wanita
Dipilih menjadi seorang kekasih
Teman, pendengar kepada sang suami
Penasihat terbaik kepada si ketua
Dipilih menjadi seorang ibu
Yang terbaik buat sang anak

Indahnya menjadi ibu
Dipilih menjadi seorang penaung. Dipilih menjadi seorang pelindung. Dipilih menjadi guru untuk si anak

Di dirinya ada cinta
Di dirinya ada kasih sayang
Di dirinya ada sabar yang tiada hadnya
Di dirinya ada setia yang tiada berpenghujung
Di dirinya ada ketegasan yang jangan didugai

Di matanya cinta
Di hatinya kasih sayang
Di tangannya kelembutan
Di peluknya ketenangan
Di suaranya kedamaian

Alangkah bertuahnya menjadi wanita
Alangkah tinggi ganjaran menjadi ibu

Tatkala mengandung, seluruh malaikat berzikir ke atasnya
Tatkala melahirkan, dihapus segala dosanya
Tatkala menyusukan, diberi kebajikan atas setiap tegukan
Tatkala bersengkang mata, umpama membebaskan 70 hamba

Wanita lengkap bila menjadi ibu
Ibu lengkap bila menyusui

Menjadi wanita dan ibu tidak mudah
Tetapi indah

Salam sayang buat wanita dan ibu sekalian



Saturday, October 12, 2013

Tips keluarga bahagia



7 Tips Keluarga Bahagia Dari Ustazah Siti Nor Bahyah 



1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu
sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk
memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana
pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian
boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan
memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan
masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui
batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang
ketiga.

7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan
pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.





Tuesday, October 8, 2013

Khaeer Reezqie ~ 6 months sudah...




Mamat senyum...senyum sokmo..hehe


  • Berat naik 0.1kg jer = 5.8kg...uik, napa bila dukung mama rs awak berat ek?...confius..so dh kena warning dgn nurse coz last month berat tk naik..so, kita tgk next month mcm mn..
  • Dah start makan...kuat makan hokeh...harap2 pas ni berat naik la..sgt suka makan smpi apa yg mama baba makan pn dia nk jugak...geram hokeh..tak hagak2, gg nan ado sibuk nak makan mcm2..hoho
  • Dah laju menyusur, redah jer smpi toilet pn nk msk gk..smbil tu mulut comel tu bebel2...haha...
  • Dah andai ajak main kt luar, round2, tiap ptg duk tunggu depan pagar dgn harapan mama bukak pagar n bawa jalan2..hoho..







Saturday, October 5, 2013

Happy 3rd birthday sayang




27 september 2010 - 27 september 2013




My Angle dh masuk umur 3 tahun...sgt cepat masa berlalu...mama baba sayang abg Awisy sgt2...Doakan yg terbaik dalam sepanjang hidup kamu wahai anak...



Thursday, October 3, 2013

Giveaway Me & My Family 2013








Syarat - syarat GA ni

1. Follower blog ini
2. Letakkan banner diatas dalam entri anda dengan tajuk Giveaway Me & My Family 2013 dan link kan ke blog ini
3. Letakkan link penyertaan anda dalam ruangan komen entri ini sahaja
4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 November .2013

3 hadiah utama dan 3 hadiah saguhati akan diberikan 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...