CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 20, 2011

Presenting new family member....cucu ke 19...


Alhamdulillah, selamat sampai dari Terengganu ....seperti yang dijanjikan, inilah wajah keluarga baru kami...

"
"
"
"
"
"
"
"
"



Nama : Muhammad Yusuf bin Muhd Ridzwan
Born on 5th Dec 2011 @ 8.00pm
Weight : 3.22kg
Height : 51cm

This is the ibu and ayah...comel...
"
"
"
"



Monday, December 19, 2011

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY


jom join contest nie ramai...klik banner laju2 erk




syarat pun senang jer...:

  1.  Like Fan Page TLP di facebook  http://www.facebook.com/theladiesphotographer dan kepada yg tiada FB, boleh jadi follower di belog saya ini:
  2.  Like Fan Page Danita Maternity Store http://www.facebook.com/Danitamaternitystore (this is our penaja hadiah) 
  3. Tag 5 org kawan blogger (lebih ke kurang pun leh:P)
  4. Letak link entry anda di entry ini...Terima Kasih:)
  5. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 January 2012.
saya nak tag :




Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Tuesday- Let's learn English




Ambush : a surprise attack from hidden position
= The thieves were lying in ambush for their victims

Aimless : having no direction or purpose 

Aileron : a part of the wing on an aircraft that moves up and down to control the aircraft's balance while it is flying

Aide: an assistant to a person

Aground : touching the bottom in shallow water
= The tanker went aground

Affable : pleasant and friendly, easy to talk
= He found her parents very affable

Aerodrome : a small airport used mainly by private aircraft

Aeon : a very long period of time, many thousands or millions of year
= The earth was formed aeons ago




Monday, December 12, 2011

Balik kampung again....



Yehuaaaa....kali ni misi balik Ganu adalah untuk melihat, meninjau dan mengomol2 baby baru dlm family belah hubby...yessss.....dgn rasmi menjadi cucu ke 19...ramai tak??

kali ni still baby boy lagi...awal bln 2 hari tu baby boy jugak...ni anak my SIL yg kawin bulan 2 hari tue...nnti aku upload gmbr comel dia erk...




Friday, December 9, 2011

"My Craft Garden 1st Giveaway"




simple sajer nk join GA nie...

nk tau adiah apa?

"
"
"
"
"
"


best kan..meh klik banner ramai2 erk...good luck!!!!




Kenali sifat malu



  • Malu itu bererti menghindarkan diri daripada melakukan segala perbuatan yang tercela, serta enggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkannya kerana takut mendapat celaan.
  • Sifat malu itu juga adalah warisan para nabi, oleh itu wajiblah kita berpegang teguh dengan sifat malu yang dikurniakan Allah s.w.t  kepada manusia.

Thursday, December 8, 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

gmbr pinjam ehsan en google...





Alhamdulillah, Syukurlah sebagai rakyat Malaysia, PM kita dah nak bagi bantuan kepada isi rumah yang berpendapatan bawah dari RM3000. Keterangan dan penjelasan yang diberi oleh wakil Kementerian Kewangan amat jelas di fahami. 


Berikut adalalah maklumat yg aku kongsikan bersama..

Siapa yang layak?
  • Pendapatan isi rumah bawah dari RM3000 sebulan
  • Yang layak adalah ketua keluarga yang terdiri daripada  orang yang dah berkahwin seperti bapa, ibu atau bapa tunggal yang ada tanggungan, warga emas  sebatang kara yang berumur 60 tahun keatas, bujang yang ada tanggungan (adik-adik-ni bagi kes yang anak yatim piatu ATAU yang ada anak angkat yang sah)
  • Mestilah warganegara Malaysia sahaja..
  • JIKA..dalam 1 rumah ada 2 kelamin atau lebih..contohnya, orang yang dah kahwin, samada dah ada anak atau belum tapi masih tinggal didalam 1 rumahsekali dengan ibu bapa, maka yang layak terima adalah bapa DAN anak yang dah kawin tu..bermakna 1 rumah itu layak terima 2 bantuan. (1 untuk bapa , 1 untuk anak yang dah kawin)

Borang HANYA akan dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 10 Disemberini bersamaan hari Sabtu.  Bagi yang tak sempat ke LHDN (aku pasti dan gerenti hari itu mestri LHDN dikerumuni semua manusia) korang yang layak boleh dapatkan borang yang akan disiarkan di semua akhbar utama di Malaysia dan boleh di download di website Kementerian Kewangan pada 12 Disember .

Bagi penjawat-penjawat awam, borang akan diedarkan di pejabat korang sebab di setiap pejabat akan ada seorang yang dilantik sebagai wakil. Lepas isi borang tu, korang hanya perlu serahkan borang tu pada wakil pejabat korang jer, tak perlu lagi ke LHDN.

Bagi mereka -mereka yang tinggal dikampung-kampung, borang akan di edarkan kepada JKKKP kampung korang, dan tugas mereka adalah untuk menyerahkan borang itu pada korang, korang isi dan serahkan pada JKKKP itu. Nanti JKKKP itu akan serahkan pada LHDN .

Borang adalah PERCUMA dan boleh di fotostate. Senang jer kan? Dan jika korang dikehendaki untuk membayar apa-apa, sila buat laporan polis sebab itu adalah penipu. DAN..jika korang dah terima atau diberi borang untuk tujuan itu sebelum dari entri aku ni atau lebih tepatnya sebelum dari 10 Disember..borang itu adalah borang palsu.

Borangnya amat ringaks, tak perlu pengesahan sesapa, perlu dilampirkan Salinan Kad Pengenalan Ketua Rumah dan Salinan Slipgaji jika ada. Jika tak ada, its ok..tak pe.

Hantarkan kembali kepada LHDN untuk pendaftaran dan  tunggu sehingga pekerja LHDN pulangkan slip terimaan . Simpan slip itu ntuk tujuan rujukan.. Pendaftaran adalah bermula pada 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 2012.

Selain dari LHDN, korang boleh hantar borang tu di pusat-pusat terimaan lain yang akan dibuka di sekolah-sekolah terpilih yang akan dimaklumkan kemudian.

Wednesday, December 7, 2011

Tuesday, December 6, 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay




GA yg dinanti2 sudah tiba geng.....apa lagi meh la klik banner tu laju2..nnti tak sempat..sapa lambat dia tinggal..huahuahua...

Cara2 pun senang jerks....

Adiah dr sponsor2 pun banyak..77 adiah bebs...sapa nk bg free kan...
ni senarai sponsor nyer  :
Giveaway berlangsung dari 6 Disember hingga 31 Disember 2011

Tote Boutiqe Giveaway


Sapa nk join klik pada banner yer...good luck

Monday, December 5, 2011

While my mom do her cooking...

Ini la kisah anak bujang yer...bila mama sibuk memasak kt dapur, bila mama lupa nak tutup pagor dapur...maka dengan itu......INILAH AKIBATNYA...

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"



bila kena marah, buat muka tak bersalah, comeiii sangat....

bahaya tau nak main dlm toilet nie..hishhhhh.....mmg kena babap ni...

Thursday, December 1, 2011

Pesan ibu jangan lupa nak....




12 PESANAN YANG SERING DIBERITAHU OLEH IBU

1. Berbuat baiklah kepada semua orang. Kerana kehidupan amat sukar untuk dijangkakan. Jangan sesekali membenci seseorang kerana dikhuatiri kita memerlukan pertolongannya nanti.

2. Kepada anak perempuanku, apabila sudah besar, jangan sesekali memberikan semuanya kepada lelaki. Jagalah maruah dan kesucian dirimu.

3. Kehidupan tidak semudah yang d
ifikirkan. Seseorang tidak akan pernah puas di dalam kehidupannya dan berusahalah sebaik mungkin untuk mencapai apa yang diinginkan.

4. Didalam kehidupan janganlah sukar untuk memberikan pertolongan. Cuba lakukan apa yang kamu mampu, untuk siapa kamu rasakan perlu, dengan apa yang kamu miliki, dan di mana kamu berada.

5. Elakkanlah berkawan dengan orang-orang yang cuba mengajak kamu melakukan kejahatan. Jadilah diri kamu yang sebenar. Jangan biarkan orang luar untuk mempengaruhi keputusan dalam kehidupan kamu.

6. Jika ibu marah bukan bermakna ibu benci. Tetapi kerana ibu tidak pernah cukup untuk menyayangi dirimu. Ibu akan menyayangi dirimu sepanjang hayat.

7. Tidak kira bagaimana keadaan kewangan kamu nanti, jangan sesekali memenuhi segala kehendak anak. Kerana ia bukanlah satu cara untuk membentuk perwatakan yang baik, latih anak supaya berusaha untuk mendapat apa yang mereka mahukan.

8. Penuhikanlah dada kamu dengan ilmu sebagai bekalan untuk menghadapi kehidupan.

9. Tidak kira bagaimana ujian yang bakal kamu tempuhi nanti dalam memperlajari makna sebenar kehidupan, hadapilah ia dengan tenang.

10. Ibu akan sentiasa bersamamu tidak kira ketika kamu sakit, susah, tua, miskin dan sebagainya.

11. Hadiah paling bernilai yang mampu ibu berikan adalah kasih sayang ibu dan ayah kepadamu.

12. Setiap kesulitan yang kamu hadapi pasti ada sinar cahaya di hujungnya. Asalkan kamu tidak pernah untuk berputus asa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...