CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 27, 2011

Salam lebaran



Salam lebaran buat kawan2 semua...moga jika ada salah dan silap harap dimaafi..Moga lebaran kali ini membawa beribu erti pada semua...

DARI KAMI SEKELUARGA : HARITH+SHAHIDA=DARWISY

Darwisy is 11 months today..

Alhamdulillah...cepat sungguh masa berlalu kalah perlumbaan formula one..umur Darwisy pun dah masuk 11 bulan hari nie..bangga dapat tengok anak sendiri membesar depan mata...

muka bangun sahur

  • Darwisy dah mula berjalan..kadang2 laju kadang2 slow..ikut mood dia la nak laju atau slow.Darwisy start jalan masa puasa hari ke3..berkat bulan mulia ramadhan..
  • Sejak dah pandai jalan nie,makan pun kurang.Bila time makan macam nak berperang.Kejar sana kejar sini.masuk bilik,kuar bilik, jenuh nak abes satu mangkuk.Itupun kalau nasib baik habis, biasanya ada la saki baki sket.
  • Makin kuat membebel dan suka sangat main cak-cak kat langsir..sangat cute...
  • Lagi satu habit Darwisy ialah amik sudu dgn garpu besar mainan dia then ketuk2 kat lantai,kat dinding,kat meja la..semua tempat la.Dan tmpt paling latest dia ketuk kat kepala mama..nie bisa naik angin..haha...dah macam tukang kayu sekali tgk..ketuk sana sini..bingit wei..haha
  • Gigi dah tumbuh sebatang dan sedang dlm proses untuk gigi kedua..bahagian bawah..air liur makin kurang tp kejnya asyik nak mengeget orang jer..tak padan dgn gigi sebatang tue..pandai tekap kat bahu mama & baba then try gigit2..huhu..
  • Alhamdulillah tak banyak ragam cuma lately nie kadang2 bila malam meragam.so kena la masuk buai sekejap..nasib baik buai tu tak simpan lagi..
ni la sudu dgn garpu yg diguna untuk mengetuk tue..actually nie untuk picnic jer

Friday, August 26, 2011

Fresh tasty waffles from Gardenia

Masa gi kedai beli ikan tadi, dapat rezeki tergolek..adik kedai nie bagi tester roti gardenia yang baru...ala2 wafle gitu..rasa pun ok gak la...



Bagi pengemar roti dan waffles memang sesuai la..sedap pun sedap..rege pun murah ajer..RM 1.40 satu..setiap pek ada 2 waffles..



"GA - PERTAMA DARI CIK MAY"

Mood untuk enter GA sudah kembali...


Dengan berbekalkan kudrat yang ada, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca dan kawan2 semua..haha..mcm ucapan PM plak...ahaks...maaf zahir & batin ya...

Nak tag :

sapa2 yang nak join leh la klik banner kat atas yer...just untuk suka2..

Thursday, August 25, 2011

Nak raya dah ooi..mood raya..mood raya..lalalalala

Alhamdulillah, setelah berdikit2 sehari demi hari sehingga phase yang ke3 barulah langsir rumah nie lengkap dipasang..mesti korang tertanya2 kenapa sampai phase ke 3 mengemas kan..sebabnya, aku mengemas time budak tenit a.k.a pembantu berhemat nie tidur siang..adalah dalam 1 jam ...so, memula kemas bilik utama dulu then bilik store..phase ke 2 bilik bujang trang2 aku nie...phase ke 3 living hall dan akhirnya dapur..huhu..SIAP!!!

Last night pi shopping kali terakhir (konon la tuu) kat uptown Perda..sempat rembat tudung,perfume,baju mak sayang sayer dan tak lupa kuih bahulu pebret aku...sodap tapi tak leh makan banyak2, nnti abes plak..hehe

Part Darwisy semua dah lengkap,dari baju melayu,songkok,sampin,baju jejalan,kasut raya...DONE...entah berapa pasang baju dia pun tak terkira,tu pun belum masuk lagi yang dah siap sedia ada di beli adik2 aku kat KL..Baju mama dgn baba plak ala kadar jer,mcm tahun2 lepas...rembat jeans,t-shirt dan baju melayu serta baju kurung..dah lengkap semua..kasut toksah nak boli2 dah, buat bazir jer..bukan pakai pun..terperuk jer dalam almari.So,tahun nie meh la kita godek2 lemari  kasut tue tgk mana yang berkenan nak pakai yo tak...

Duit raya dah selamat duk dalam sampul yang comel2 ehsan sponsor dari Jusco dan Maybank..hahaha..Satu dapat masa shopping satu lagi dapat time tukar duit...bagus tak..dan ada lagi sampul2 yang di sponsor oleh encik Perodua...part nie memang di tunggu2,coz tak perlu nak mencari atau membeli..guna ajer apa yang free..janji duit tu bersampul..tak gitu???

Cuma yang belum settle sekarang, kemas beg baju nak balik..seminggu tu kami kan menghilangkan diri...Penang-Kl-N9-Perak-Penang..huh...duit tol,duit minyak...manyak..manyak...



Wednesday, August 24, 2011

Tuesday, August 23, 2011

menu berbuka semalam

Semalam, agak rajin sket..lama dah nak makan nasi lemak dengan sambal sardin..huhu..pergh..sedap tue..so atas kerajinan yang ada saki baki semalam, ku gagahkan diri masak nasi lemak,sambal sardin plus ayam goreng enak ranggup..haha...sodap gitu...makna plak dengan tumis sayur kangkung dan telur rebus ...menambah selera hingga menjilat pinggan..



Sebagai kudap-kudapan pemanis mulut, ada buah tembikai dan cucur ubi  kentang campur udang...yum2


gigi Awisy nan sebatang


Haha...sebatang jer nak ooi...ni pun puas gak tunggu..umur 10 bln baru nampak sebatang, alahai...tak pe la nak, janji ada..korang?? nan adoooo?? haha
Puas nak suruh gelak besar2...



Monday, August 22, 2011

Mari peluk ramai-ramai..







Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

HAA...TUNGGU APA LAGI...PELUK JANGAN TAK PELUK

Saturday, August 20, 2011

Menu berbuka ramadhan ke 20

Alahmdulillah,genap 20 hari kita berpuasa tahun ni...baru kali ni ada kesempatan nak post tentang menu berbuka..tiap2 hari masak,makan kat umah.Almaklumla hubby jenis tak suka makan kat kedai.Lagipun rasanya bila membeli di bazar tu nampak jer macam sedap tapi bila time berbuka nak rasa,hampehhhh..tapi bukan semua gerai la gitu.So, lebih baik masak sendiri dari membeli..save duit maaaa...
Apa mama masak hari nie...
"
"
"
"
"

sambal ayam


kerang rebus special untuk hubby


tumis air sayur sawi

Amacam, simple jer kan...makan pula dengan nasi ayam...huh...melelehh..haha....abis dah kena bedal dengan kami berdua...

Friday, August 19, 2011

Sibukknya kita di dunia ini

Pada akhir zaman orang semakin lupa untuk beribadah. 
Zaman kita ini ramai yang tidak mencari akhirat. Tapi bila kita masih
lagi mencari maka banyak pahala yang akan diperolehinya. Itulah
kelebihannya kerana orang ramai tidak memerlukannya. Terbuktinya
sekarang ini masing-masing sibuk. Sibuk sampai tidak sempat pergi ke
masjid. Hanya mampu sekali seminggu saja pergi ke masjid iaitu pada
hari Jumaat. Kalau tidak hanya pada Solat sunat hari raya sahaja. Sibuk
sampai tidak sempat menadah kitab. Orang mengajar hadis, tidak boleh
hadir, orang mengajar tafsir, tidak boleh mari, orang mengajar feqah,
tidak ada masa, orang mengajar akidah , ada mesyuarat, Orang mengajar
Al-Quran biar jadi lembut lidah, biar jadi sah sembahyang, ada hal kat
pejabat, orang nak beritahu bab taharah, haid, nifas, tayamum, wudhu.
Tidak diperbolehkan juga. Kenapa? 

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang mampu
beribadah walaupun dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan
dan mudah- mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan
Allah.

11 amalan terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 

11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??….. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?

Thursday, August 18, 2011

2nd Giveaway by Misz Wanny

Kali ni nak join GA dari cik wanny plak...sangat2 senang rules untuk GA nie..

Yang korang kena buat kalau nak join ialah :
1)Buat entry pasal GA ni n komen apepon  pasal blog Miss Wanny nie k!!

2)Follow blog berikut==>http://deyawanny.blogspot.com

3)Like page nie--->http://www.facebook.com/pages/Deyawannyblogspot/160216124049930(extra mark)
4)Follow blog ni(Kalau rasa rajin laa)

5)sudah selesai??Komen kat entry bwah nie ye..letak nama FB atau nama betul n Url entry korang


6)SIAP!!!

senang kan..marri join ramai2...hadih pun menarik gak...

Adiah2 adalah :
)Sebuah novel cinta karya penulis termasyur..(tajuk rahsia)
2)2 Tiket ke taman Tema Air Terbesar di Malaysia
3)Novel Remaja
4)Buku komik(baru beli)
5)Diskaun 10% di Cute Keychain

komen saya untuk blog cik wanny nie..
~ blog yang sangat chomelll, tapi agak berat sedikit coz ada banyak gadget2...bilan nak load page kena tunggu lama sket..Tapi sangat suka dengan design ladybug yang cute miut tue..sesuai dengan tuan empunya blog...tahanks coz sudi adakan GA nie...saya nak menang..saya nak menag..haha

sesiapa nak join ble la klik SINI

Dapat FM dari Cameron Hinghland

last month ada join GA blogger Ms Mala...giveaway-cenderamata-cameron-highland...tak sangka u boleh menang.And hadiah pun dah sampai..

"
"
"
"
"
"
"
"
"


Terima kasih la sebab pilih mama nie sebagai pemenang yer...

Tuesday, August 16, 2011

English grammar-Adjectives

Adjectives describe or give information about nouns or pronouns.
For example:-
The grey dog barked. (The adjective grey describes the noun "dog".)
The good news is that the form of an adjective does not change. It does not matter if the noun being modified is male or female, singular or plural, subject or object.
Some adjectives give us factual information about the noun - age, size colour etc (fact adjectives - can't be argued with). Some adjectives show what somebody thinks about something or somebody - nice, horrid, beautiful etc (opinion adjectives - not everyone may agree).
If you are asked questions with which, whose, what kind, or how many, you need an adjective to be able to answer.
There are different types of adjectives in the English language:
  • Numeric: six, one hundred and one
  • Quantitative: more, all, some, half, more than enough
  • Qualitative: colour, size, smell etc.
  • Possessive: my, his, their, your
  • Interrogative: which, whose, what
  • Demonstrative: this, that, those, these
!Note - The articles a, an, and the and the possessives my, our, your, and their are also adjectives.


Adjectives can be used to give your opinion about something.thumb upthumb down
good, pretty, right, wrong, funny, light, happy, sad, full, soft, hard etc.
For example: He was a silly boy.

Adjectives can be used to describe size. tall/short

big, small, little, long, tall, short, same as, etc.
For example: "The big man." or "The big woman".

.Adjectives can be used to describe timemorning night
late, early, bed, nap, dinner, lunch, day, morning, night, etc.
For example: "She had an early start."



"#1 GIVEAWAY KECIK : LOVE AND YOU"


Saya nak MENANG GIVEAWAY KECIK




suka2..sangat2 chomelll....sapa nak join sila klik pada banner yer...



Awisy..Awisy..anak bujang ku...

Sejak dah dapat kaki nie, keje Awisy asyik jalan jer..ke hulur hilir..sat ke bilik, sat ke stor, sat gi round plak kat hall nie..dah macam polis pencen a.k.a pak guard kecik mama tengok..haha...cuma tak der uniform jer..
part yang best, bila dia dengar pagor ke pintu dapur bunyi, dengan laju dia datang.Dengan harapan dapat la jejak kaki ke dapur, OPPPSSS... maaf yer, itu kawasan larangan untuk Awisy...TAK BOLEH MASUK..NO ENTRY..coz budak tenit nie suka sangat main dengan alas kaki tue...dibelek belek, di kuis kuis...apa ntah yang berkonan sangat dengan alas kaki tu pun mama tak dapat nak tau...macam2 ragam anak bujang nie..
Sekarang Awisy dah pandai baca surat kabor...Tak percaya???? meh kita tengok..
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Sangat2 kusyuk yer dengan bacaan nyer...memang suka sangat berebut dengan baba bila turn baca newspaper...mcm paham jer...


Inilah hasilnya bila anak bujang menyepah..ada bakat tak?? cuba tgk kasut tue...sebelah atas tilam, sebelah lagi kat rak tv...haha...yang tukang mengemas dan membebel, ni ha..MAMA jugak yer...baba tukang gelak jer...memang nak kena babap budak tenit nie..
Apapun, mama dengan baba memang rasa syukur sangat.Kesunyian rumah selama ini dah dilimpahi dengan gelak tawa si kenit pujaan hati nie..Mmuahhh!!

Monday, August 15, 2011

Wudhu saat berpuasa

Pertanyaan:
Assalamu ‘alaikum, Ustadz. Saya mau bertanya tentang wudhu. Saya pernah mendengar seseorang mengatakan, “Berkumur-kumur pada saat berwudhu dalam keadaan berpuasa itu tidak boleh karena memasukkan sesuatu ke lubang bisa membatalkan puasa.” Apakah itu benar? Yang kedua, apakah benar bahwa mengusap kepala saat berwudhu yang lebih benar itu cuma sekali?
Fadly (fadly.**@***.com)
Jawaban:
Wa’alaikumussalam.
Setiap mukmin dituntut untuk menyempurnakan wudhunya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan melalui sabdanya, “Sempurnakanlah wudhu, sela-selai jari, dan bersungguh-sungguhlah dalam mengirup air ke dalam hidung, kecuali jika engkau puasa.” (H.r. Turmudzi dan Abu Daud; dinilai sahih oleh Al-Albani)
Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengingatkan agar tidak terlalu keras ketika mengirup air ke dalam hidung pada saat puasa, agar tidak menjadi penyebab terjadinya hal yang dilarang, yaitu memasukkan air ke perut. Adapun sebatas berkumur ketika puasa maka ini diperbolehkan, selama tidak ada air yang masuk ke perut.
Oleh karena itu, disebutkan dalam hadis yang sahih bahwa Umar bin Khattab pernah datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengadu, “Syahwatku naik, kemudian aku mencumbu istriku sementara aku sedang puasa.” Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam balik bertanya, “Apa pendapatmu ketika kamu berkumur ketika kamu puasa?” Umar menjawab, “Tidak masalah.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika demikian, apa yang perlu dikhawatirkan?” (H.r. Abu Daud; dinilai sahih oleh Al-Albani)
Penulis Syarh Sunan Abi Daud mengatakan, “Pada pertanyaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ‘Apa pendapatmu ketika kamu berkumur ketika kamu puasa?’ terdapat isyarat untuk pemahaman yang mendalam bahwa berkumur tidaklah membatalkan puasa, padahal berkumur merupakan pengantar minum ….” (Aunul Ma’bud Syarh Abi Daud, 7:9)

Gusi berdarah saat anda sedang berpuasa?

Pertanyaan:
Apakah darah yang keluar dari gusi orang yang berpuasa dapat membatalkanpuasa?

Jawaban:
Darah yang keluar dari gigi (gusi) seseorang tidak , tetapi dia harus berhati-hati sedapat mungkin agar tidak menelannya. Begitu juga jika keluar darah dari hidungnya (mimisan) asal tidak berusaha menelannya, hukumnya tidak dan tidak wajib meng-qadha’. ( Tuntunan Tanya Jawab Akidah, , Zakat,  dan Haji (Fatawa Arkanul Islam), Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Darul Falah, 2007)
Catatan: Menelan Ludah Tercampur Darah
Syaikh Ibn Baz juga ditanya tentang orang puasa yang menelan ludah, yang ada rasa darahnya. Beliau menjelaskan:
Untuk ludah maka dibolehkan menelannya. Seseorang menelan ludahnya, hukumnya tidak mengapa….Akan tetapi jika dalam ludah tersebut kecampuran sesuatu, seperti sisa makanan di sela-sela gigi, baik daging, roti, buah, atau darah ketika gosok gigi, maka dalam hal ini bisa dirinci:
Pertama, jika dia mengetahui hal itu maka tidak boleh dengan sengaja menelannya, namun wajib meludahkannya.
Kedua, jika dia tidak tahu, tetapi… dia anggap seperti ludah biasa, kemudian setelah ditelan dia merasakan ada darahnya maka tidak membatalkan puasanya. Karena dia tidak sengaja. Hal ini sebagaimana orang yang berkumur atau menghirup air ke dalam hidung, tiba-tiba tidak sengaja ada yang masuk ke kerongkongannya. (Fatwa Syaikh Abdul Aziz : http://www.binbaz.org.sa/mat/13437)

Friday, August 12, 2011

Ramadhan

Syukur Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan yang ke 1432 ini. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik bagi diri kita. Semoga kita mampu untuk berubah kepada lebih baik dan kekal sehingga Ramadhan tahun berikutnya.

Sempena menyambut Ramadhan ini, sama-samalah kita membersihkan diri kita daripada dosa agar Ramadhan kali ini menjadi suatu titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Sama-samalah kita berdoa:

Bismillah...

Ya Allah ya tuhan kami,
Ampunkanlah segala dosa-dosa kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa isteri/suami kami,
Ampunkan dosa-dosa anak-anak kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa ahli keluarga kami ya Allah,
Ampunkan dosa-dosa muslimin dan muslimat saudara kami ya Allah.

Panjangkan umur kami dengan berbuat amal ibadat kepadaMu ya Allah,
Hindarilah diri kami dari melakukan dosa-dosa kepadaMu ya Allah,
Engkau teguhkanlah iman kami ya Allah,
Matikan diri kami dalam keadaan beriman kepadaMu ya Allah,
Murahkan rezeki kami dengan rezeki yang halal ya Allah,

Masukkan kami ke dalam syurgaMu ya Allah,
Jauhikan kami dari azab seksa nerakaMu ya Allah,
Temukan kami dan keluarga kami di dalam syurgamu ya Allah.

Amin...

Thursday, August 11, 2011

Ayam masak merah versi mama darwisy

Sajer je bulan2 pose nie nak buat entry tentang makan..haha..yum2..


Bahan2 :

  • 6 ketul ayam
  • Bawang merah (bawah besar) 2 biji
  • Bawah putih 2 ulas
  • Cili kering dah blender 3 sudu
  • Kacang pies (ikut suka nak taruk banyak mana)
  • Gula 1 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • 1/2 cawan air


Cara memasak :

  • Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit dalam 15 min dan boleh digoreng sehingga ranggup.
  • Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
  • Masukkan cili giling dan air, masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan gula dan garam sesedap rasa.(ikut korang la, nak manis boleh lebihkan gula)
  • Masukkan pula kacang pies dan tunggu sampai kacang empuk.
  • Finally masukkan ayam yang telah digoreng.
  • Siap dan bolehla dimakan...

Selamat mencuba...




Wednesday, August 10, 2011

Renungan sejenak...

Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka. Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya" - Sahih Bukhari

wordless wednesday # 2


Kartun fav Darwisy...

wordless wednesday

Perangai anak bujang aku...

sangat2 suka main bawah kerusi...




Tuesday, August 9, 2011

Tahun ini kami beraya bertiga...

Banyak syokkk woo..tahun ini ada si kenit beraya dengan kami...tahun lepas masih dalam tummy mummy lagi, tahun nie dah kuar pun..haha..Dah plan macam2 untuk darwisy...tema tahun nie, warna orange...sangat pelik but nice...sangat susah nak cari baju melayu lelaki dewasa yang match dengan baju melayu baby...kalau ada pun kat butik ajer...dah puas kami round satu buterwoth nie...haha...proses mencari masih diteruskan lagi...
Tahun nie beraya di Kuala Lumpur, N9 dan Teluk Intan..kita round utara selatan yer..hehe..

Monday, August 8, 2011

Darwisy ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Masa balik rumah MIL last month, bawa a Darwisy jalan2 ke taman monumen dan taman TTI bersebelahan masjid kristal..kebetulan anak buah hubby keje sana, so kami dapat masuk free..huhu













Layan gambar jer la yer, nak bagi nama satu2 monumen tu aku dah lupa..hehe...Apapun tempat nie memang best dan sangat2 kagum tgk bangunan2 kecil tu..memang sebijik2 depa ukir ikut bangunan yang sebenar..tabik spring dgn engineer2 dan tukang ukir tu la...

Sunday, August 7, 2011

KENAPA AIR MASAK TIDAK PERLU BAGI BABY BERUMUR 6 BULAN KEBAWAH..

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:
MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*
PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*
MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*
JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.

**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)
Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya” 

Doa

Ya Allah, berkatilah umurku, berilah kesihatan badanku, luaskan rezekiku, bukakanlah pintu taubat seluas2nya sebelum matiku, dengarkan ucapan syahadahku tatkala matiku, terimalah keampunan & kemaafan selepas matiku, beratkanlah timbangan amalan tatkala aku dihisabkan, ringankanlah azabku tatkala aku dihisabkan & tmptkanlah aku bersama disisiMU di dlm syurgaMU. Segala pugi bagiMU ya Allah YANG MAHA BERKUASA. Amin

Saturday, August 6, 2011

Lenguh...

Lenguh kaki seh....walaupun baru 4 jam jalan shopping..huahuahua..orang lain duk sebuk shopping baju raya, kami plak sebuk mencari stroller baru untk Darwisy...semestinya brand pilihan sweetcheery...yang lebih ringan, sng nak buka tutup, nak angkut..haha..dan yg paling penting, stroller yang budak tenit nie tak boleh nak berdiri dalam tue...Yang beli dulu kami telah pun selamat menjualnya..haha..guna mudah.com...sonang yo..
Susah la yang dulu tue, boratttt...10kg tau!!..yang baru nie ringan sket, 5.3kg jor...sonang mama nak angkut masuk kuar dari kete nanti..


tukar kepada
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


cuma colour nyr tukar warna merah..huhu...murah pun murah...
suka..suka...suka...


Thursday, August 4, 2011

Alhamdulillah, berkat bulan ramadhan

Alhamdulillah, memanjat syukur kami kepada-Nya...kenapa? hehe...Coz Darwisy dah mula berjalan semalam..dalam seminggu dua dulu dia mula jalan setapak dua ajer, tapi semalam waktu mama dgn baba sedang menunggu waktu berbuka puasa tiba tgk Darwisy jalan dgn laju lebih dari dua tapak..hehe..

Excited terus amik hp hubby rakam aksi budak baru berjalan nie...sangat2 comel dan kelakar..bontot tu kiri kanan..mula2 tgk dia teragak2 nak angkat kaki, pas dapat selangkah terus laju jer..Yang bagusnya bila jatuh jer dia bangun dan cuba jaan semula..bagus anak mama nie..Chaiyokk...

Raya nie dapat la tgk Darwisy melaram pakai baju melayu dgn lenggok jalan nya...termakbul doa dan hajat mama...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi


Alhamdulillah, tahun ini ramadhan kali ke-3 bersama hubby tersayang..extra plus kali pertama bersama Muhammad Amirul Darwisy, budak tenit yang mama & baba sayang bangat...

Macam biasa kul 5am mama dah bangun masak air, but before that harus bagi susu dulu pada Darwisy, moga2 dia tak bangun kacau kami sahur..Sedang enak minum milo dan kunyah roti ( mmg tak suka makan nasi waktu sahur baik aku atau hubby ) tiba2 ada satu lembaga kecik merangkak keluar  dari bilik..Eh eeh..budak tenit nie nak teman mama dengan baba sahur ker? hehe..layan jer la dia main sekejap sambil sahur, tapi tgk pada matanya mcm nak lelap..agaknya tgk ruang makan cerah dia pun excited nak main..

Pas subuh, baru Darwisy n mama titun balik..baba siap2 nak gi keje..

Salam Ramadhan buat semua sahabat...Moga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dan baik dari tahun2 sebelumnya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...