CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 21, 2012

Renovation in progress


Apek reno dah masuk keje last Thursday...so, ahad tu kami pi check dah siap 80 %...pasang tiles coz rumah ni mmg tk de tiles...mula2 beli ingat nak pakai tikar getah jer, tp my sis kata nnti leceh bila nak pasang tiles ms dh duduk nnti..so, kami decide la nak pasang tiles, walau duit masa tu ciput jer..Alhamdulillah, Allah bagi rezeki lebih..so bolehla buat lebih2 sket..hehe termasuk kitchen kabinet...



brg2 untk reno, penuh depan umah....berlonggok


tambah ketinggian kt pintu masuk



living hall



master bedroom...


Kitchen update ~ Teratak darwisy




Syukur...


Masih belum siap sepenuhnya...cuma table top je dh siap, kabinet InsyaAllah next week siap...warna? hehe...tunggu update nnti yer...

Tak sabar nak masuk rumah ni...

Monday, November 19, 2012

Separuh siap



Alhamdulillah, kerosakkan terbaru khamis lepas telah pun diambil perhatian oleh abang kontraktor tu..cepat jugak dia buat keje..boleh kata effisiyen  jugak la walau hanya separa siap..hehe



Inilah yang dikatakan separa siap tu....siap digali dan dibaiki. Tapi belum tutup simen...tak pelah, janji depa dpt detect tang mana yang bocor jangan sampai kena pecah floor dapur dah la...nak2  esok bila kontraktor tiles tu dah siap buat rangka kabinet dapur tu...tak pasal2 je kang 2 kali kerja plak...apapun, happy tgk progres rumah nie...dalam masa 2 hari diorg dan hampir 80% siap pasang mozek satu rumah...cekap kan...Syukur...



Thursday, November 15, 2012

Masalah baru ~ kebocoran lagi



Subhanalllah, dugaan sungguh nak masuk rumah baru ni...pas satu , satu masalah muncul...

Masalah ni kami baru dpt detect ptg tadi..tu pn my hubby yg check betul2 coz tgk air kt longkang asyik mengalir jer...


punca kebocoran kalau kami tgk pd bwh tanah, gali punya gali tgk paip bwh tanajh tu bocor. Terus hubby call kontraktor yg bt dapur tu suh dtg tgk masalah ni..urgent you...


Tgk bila plak diorg leh settlekan masalah ni..Harap2 secepat mungkin la...



Wednesday, November 14, 2012

Doa Awal Tahun



Doa Awal Tahun

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433.



Bismillahirrahmanirrahim 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.

Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami. 

Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. 

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. 

Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. 

Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. 

Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. 

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam.




Doa Akhir Tahun



Pada tahun ini, akhir tahun hijriah jatuh pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT.. Insya Allah….Amin


Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib


Bismillahirrahmanirrahim 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya. 

Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuaian dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami. 

Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati. 

Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah.





Monday, November 12, 2012

Alhamdulillah, siap dibaiki...



Tadi gi tgk rumah, tunggu org anta mozek...sambil2 tu tgk la kot2 dh siap baiki dapur yang bocor tu...Akhirnya...






so, hubby dah call kontraktor untuk buat mozek tu, rabu ni dia start keje...Alhamdulillah, syukur...



Tuesday, November 6, 2012

Masalah baru - bocor la pulak


Dalam pada excited nak pindah rumah baru, nak pasang  lampu kipas, nak renovate tiles...ada plak masalah baru muncul..masa mula2, basuh rumah dulu ingat air dr toilet tu yang melimpah coz shower tak tutup..

Then masa pasang grill, abg yg pasang tu perasan dapur banjir tiba2. Terkejut gak coz kami tk buka pun sinki dapur. rupa-rupanya bahagian sinki dan paip dapur tu bocor la, siap memancut2 lagi air kuar dr dinding luar..Adoiii, masalah besar nie...

air memancut kuar dari dinding luar dapur


ni pulak bawah sinki


beginilah keadaan banjir dapur kami

So, semalam my hubby nak report kt teknikal, mlm tu kontraktor call. tgh hari ni dia amik kunci kt my hubby and tgk keadaan  bocor tu..Rupa-rupanya banyak gak rumah yang keadaan mcm nie, ooo...kena tunggu giliran lagi...angan2 next month nak masuk rumah baru...





Thursday, November 1, 2012

Alhamdulillah, its our's







Alhamdulillah, syukur...akhirnya sekian lama menanti kunci ini menjadi milik kami...tak sabar nak decorate rumah sendiri...

Semalam baru siap pasang grill, pukul 7.30 mlm baru siap sepenuhnya...simen pun dah sampai...20 beg, so tunggu nak gi order mozek and kabinet plak..harap2 sebelum tahun baru kami dapat duduk rumah ine...InsyaAllah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...