CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 24, 2012

Apa yang dipeluk?





Semasa Anda Tidur, 
Apa Yang Anda Peluk? 

1. Jika anda selalu tidur sambil peluk bantal, teruskan amalan tidur sebegini kerana ini merupakan posisi tidur yang paling elok. Tidur dengan kepala dan badan mengiring, punggung menekuk sambil satu kaki di tekuk ke arah dada dipanggil posisi fetal. Posisi tidur ini memudahkan anda bernafas dan ia memastikan jumlah oksigen yang disedut memenuhi keperluan
 tubuh. Pastikan anda menggunakan bantal yang empuk di kepala agar tidak menahan beban ketika anda tidur.

2. Posisi tidur bagaimanapun bergantung kepada keselesaan masing-masing. Selagi anda dapat berehat dengan nyaman dan bangun dalam keadaan segar, maka posisi tidur anda masih baik. Akan tetapi terdapat posisi tidur yang tidak disarankan seperti menelungkup atau menyembamkan muka ke tilam. Posisi tidur sebegini menekan paru-paru dan anda akan sukar bernafas.

3. Jika anda bangun dari tidur dan tubuh berasa sakit atau sengal mungkin posisi tidur anda adalah salah. Sebagai tindakan susulan, bertemulah doktor untuk mencari sebab lain yang membuatkan tidur anda tidak selesa.





Tuesday, October 23, 2012

mengenai Ikan sebelah @ ikan sisa Nabi






Ikan Sebelah Laut atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknyaPseudorhombus spp. / Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di MALAYSIA

Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman a.s. tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali kelautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja dan bukti kewujudannya kekal sehingga kehari ini untuk menjadi iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam...
..Wallahualam..



Monday, October 15, 2012

Anak korang minum air masak tak?



Lama sungguh tak ke udara..hehe...malas tahap cipan dah nie...

Topic hari nie, air masak a.k.a air suam...haha...citernye sebab Darwisy ni memang pengemar tegar air masak...jgn tak caya dia tak minum ais dan air selain dari air masak yoo....sila percaya dan angguk laju2...haha...Alhamdulillah sekurang2 nya tak la rosak gigi duk minum ias dan air bergula jor..tapi SUSU tu wajibla...tu la satu2 nya air bergula dan berwarna  yg diminum...

Dalam sehari lebih dr berbotol2 yg diminum..botol pn kecik jew, cukup 500ml...so, biasanya dia minum lebih 10 kali ..sebab tu jugak la sokmo tukar pampers..tk pe la nak, janji sihat...


Friday, October 5, 2012

Salam jumaat ~ Kelebihan bersugi




Dalam kitab At-Tibbun Nabawi yang disusun oleh Ibnu Qayyim, halaman 249 dijelaskan manfaat bersugi. Diantaranya ialah :
  1. Membersihkan mulut
  2. Menguatkan gusi
  3. Mencegah pendarahan
  4. Menguatkan penglihatan
  5. Mencegah gigi berlubang
  6. Menyihatkan pencernaan
  7. Menjernihkan suara
  8. Membantu penghadaman makanan
  9. Melancarkan saluran pernafasan
  10. Menggiatkan bacaan zikir dan solat
  11. Menahan tidur
  12. Diredhai Allah
  13. Dikagumi oleh malaikat 

so, apa lagi jgn malas2 berus gigi ya...


Monday, October 1, 2012

Airis 1st Birthday Giveaway Contest






Syarat2 wajib utk join GA:
1. Be my follower (yg dh sedia follow,terima kasih banyak ye)
2. Buat entry pasal GA ni dan letakkan poster besday Airis seperti di atas
3. Tinggalkan komen "Happy Birthday Airis ......................" (berserta wish) di entry ni..jgn lupe letakkan email/blog url ye..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...