CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 29, 2012

wordless wednesday




muka budak yg kemaruk nk men beskal, dalam umah pun jadi la...huahuahua

Friday, February 24, 2012

Pesanan dari seorang ayah



Pesanan dari
ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

... 1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.

2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.

3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.

4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.

5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.

Thursday, February 23, 2012

Wednesday, February 22, 2012

"Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah"




Syarat-syaratnye simple je.
  1. Semua kawan-kawan boleh join giveaway ni. Tak terhad. Dan juga terpulang kepada individu berkenaan untuk follow blog Wawa atau tidak. 
  2. Tajuk entry mestilah "Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah"
  3. Letakkan sekali gambar di atas.
  4. Kemudian, tinggalkan link u olls beserta dengan entry masing-masing di ruangan comment. 
  5. Tarikh mula giveaway ni pada 17hb February - 15 March 2012.. 
  6. Genap 12 mlm, 15 March 2012...giveaway ni akan tutup. :)
It's very simple rite? hehhe So..jom kte tengok pe yang Wawa sediakan. Untuk giveaway souvenir ni..Wawa akan kasi souvenir ni kepada 3 peserta yang bertuah. 3 peserta ini akan dapat barang yang sama. Mungkin bentuk dan juga rupa yang berbeza. hehehe Antara souvenirnya adalah :


Pertama :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
  • Uncang Cute.
Kedua :
  • Face mask from The FaceShop Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick
Ketiga :
  • Face mask from The Etude Korea
  • Fridge Magnet Korea
  • Keychain Korea
  • Chopstick

Tuesday, February 21, 2012

Purata 6 bayi luar nikah lahir dalam sejam di Malaysia




Satu angka yang amat mengejutkan dan membimbangkan... Betul tak?

Dalam masa sejam, purata 6 bayi hasil perhubungan luar nikah lahir di negara kita. Tu kalau ikut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh tiga tahun mulai 2008 hingga 2010, sebanyak  152,182 bayi tidak sah taraf telah didaftar. Purata kelahiran anak luar nikah dalam setahun seramai 50,727 manakala dalam sebulan seramai 4,227   dan jika dikira dalam sehari purata 141  bayi tidak sah taraf dilahirkan  .

ITU ANGKA YANG BERDAFTAR...

diulang ... BERDAFTAR!!! 

Agaknya kalau dicampur dengan bilangan yang menyorok kelahiran tak kira la bayi tu dibuang atau dijual , mungkin angkanya boleh mencecah 10 kelahiran dalam masa sejam kan?

Kita sebagai ibu bapa yang ada anak elok la amalkan doa di bawah agar anak-anak kita terhindar dari melakukan kemaksiatan:

 Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: 

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.

Maksudnya:  “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan  hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265

Monday, February 20, 2012

Hari isnin yang indah...lalalalala



Alhamdulillah semalam kul 9mlm hubby selamat tiba dari uitm Shah Alam...setelah tiga hari berjauhan, kepulangannya amatla dinanti2..huahuahua...tangkap syahdu habessss....

Paling tak tahan menanggung rindu tentula anak bujang kesayangan, senyum sampai tak mo tido mlm tadi..leka duk ulit baba dia ajer..baba gi dapur dia ikut, baba masuk bilik pun ikut, baba nk mandi pun nk ikut gak..isk..isk..isk...memang rindu sangat nie..

Apa my hubby buat kat Uitm tue...hehe, depa ada Karnival Sukan Perodua 2012..my hubby masuk game ping pong beregu campuran...tapi, kalah...hehe...bukan rezeki, next year cuba lagi yer...

So, pagi ni hubby masuk petang, dpt cuti half day...best la anak bujang dpt lapak2 dgn baba dia...mandi sama, makan sama...sampai baba nk gi keje jer, habis meraung2 sampai guling kat lantai...pujuk2 pun tak layan...hehe..cian bujang nie...tak pe, nnti ptg baba balik sambung, main lagi erk..



Sunday, February 19, 2012

Hikmah ayat Al-Quran


  • Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  • Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  •  Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  •  Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  •  Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  • Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  •  Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  •  Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  •  Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  •  Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
  • Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
  •  Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
  •  Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
  •  Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
  •  Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
  •  Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
  •  Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
  •  Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG.



Thursday, February 16, 2012

Khas untukmu isteri....


Untuk kamu yg bergelar isteri .......


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...



Wednesday, February 15, 2012

Aurat mereka...tanggungjawab ANDA



Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Ahzab:59)


Tuesday, February 14, 2012

Sotong goreng tepung..rangguppppppppp




Menu tambahan untuk dinner semalam...buntu nk masak apa, en hubby request sotong goreng tepung..Inilah hasilnya...simple jer, janji boleh di erima anak tekak...yg penting en hubby suka bangattttt...

Bahan untuk tepung :

2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
sedikit garam
sedikit rempah kari
sedikit serbuk kunyit


Sunday, February 12, 2012

Saturday, February 11, 2012

Soal jawab bersama Ustaz Azhar Idrus



1. Orang laki2 takleh pakai perhiasan perempuan. rantai leher perempuan cthnya. "Allah melaknat lelaki pakai pakaian perempuan." Sembahyang sah wlpn pakai emas. Sembahyang ditulis pahala, pakai yang salah (rantai emas tadi)ditulis dosa.

Pakai sebab sayang kat GF pun ada (haram):BF: U malam2 pakai baju apa?GF: I malam2 baju kelawar.BF: I kelawar jugak.

2. Apa hukum lelaki tangkap curi gambar perempuan?- Kalau gambar tu haram dilihat, maka gambarnya haram. Kalau publish expose kat public lak gambar tu dan memalukan dia, maka haram. Yang terbaik, kena minta izin tuan punya badan.

Perumpamaan perempuan oleh UAI:

"Org puang ni sama macam Lamborgini. Beli Lamborgini, gi Subang, tukar..buh side mirror Kancil. Org tanya, "Guaner tukar side mirror buh Kancil?" "Nak bagi nampak lawo." Takdok berlaku. Lamborgini semua molek, luar dalam semua lawa. Tak payah tukar pape dah. Orang puan macam tu gak, semua dah lawa, perfect Allah cipta." Perempuan itu aurat, bukan semua aurat tapi kebanyakkannya aurat. Yang mana2 amik gambar puang tak pakai tudung tu, henti2kanlah."

Orang puang dia pakai baju laki pun, orang geram tengok. Tu blm pakai baju perempuan.

3. Berkat atau tak fotostat buku yang dilarang fotostat.- Fotostat dengan kebenaran adalah lebih baik. Hukumnya dibolehkan. Cari keberkatan dengan minta izin.

4. Saya kije syarikat isteri sy. Gaji 6000 sebulan. Tapi dia bagi 3K je kat saya, 3K lagi dia simpan, tak bagi penuh sebab dia takut sy kawin sorang lagi. Apa hukum?- Jawabnya, jika kita setuju, oklah. Kalau tak setuju, kerja dengan orang lain.

5. Sorang maknyah tukar jantina lelaki kepada perempuan telah bertaubat. Kena tukar balik ke?- Tak wajib buat pembedahan semula- Tanggung akibat tak dapat kahwin dsb.- Jika mudarat maka tak wajib, jika tak mudarat hanya perlu pembedahan minor, maka perlu bedah balik.- Sama macam tatoo, kalau satu tubuh penuh tatoo, nak buang balik bahayakan diri, maka tak wajib buang.

6. Pegang tafsir Quran masa haid- Boleh.

7. Solat pakai pakaian dalam je, tapi pakai kain semayang di luar. Hukum?- Kalo masa solat, nampak warna kulit belah dalam, tak sah. Kain nipis, tak sah semayang. Yang sah, nampak bayang hitam sebelah dalam. Pakai dua lapis adalah terbaik. Laki camana lak? Sama je. Nampak bayang makruh, nampak warna kulit (aurat kat dalam), batal.

8. Jika solat 5 waktu tidak cukup? Benarkah solat sunat tidak diterima?Ada tiga pendapat:- Selama mana tak cukup fardhu, maka tak diterima sebarang sunat.- hendaklah kita tunaikan solat2 fardhu biar cukup, dan sedikitkan sunat. biar 5 fardhu jgn kurang.- diterima, sebab kita dah sembahyang.Yang masyhur, tetap haram dan tidak diterima Allah solat sunatnya, jika tak cukupkan hutang solat fardhu 5 waktu.

9. Apa hukum tak bayar tol?- Apa tujuan buat tol? Kalau buat tol utk memeras rakyat, takyah bayar. Kalau tujuan utk membiayai jalanraya, jadi wajib bayar melainkan keadaan darurat. Tol yg ada skang, utk maslahat org awam takleh nak beza, maka balik kepada hukum asal yakni kena bayar.

10. Jika isteri kuar tanpa izin, malaikat akan laknat sampai dia kembali semula rumah. Isteri kuar siasat suami ada skandal ke tak cari kebenaran (kemungkinan ada perempuan). Boleh ke?- Isteri keluar rumah tanpa izin tanpa darurat memang haram. kemungkinan takleh, dia boleh yang PASTI. kalau ada masalah, report kat QADI kejahatan suami spt tak bagi nafkah.

11. Saya photographer part-time. Sy upload gambar tak brtudung. Publish utk marketing je. Hukum?- Benda yg haram, maka haram kita expose. Tidak boleh letak gambar dedah aurat. Haram magazine2 yg ada gambar2 dedah aurat.

UAI: "Dengan kamera dia boleh masuk syurga jika gambar dia bawa manusia cinta kepada Islam."

12. Jauh nak pulangkan al-Quran tempat jauh.- Mesti diwujudkan benda yg sama di tempat tu balik dengan harga yg sama (ganti dengan bank-in duit ke apa ke). Tak perlu pergi ke tempat jauh tu untuk pulangkan.

13. Suami jenis ungkit.- Tidak baik suami suka bangkit dan ungkit. bangkit boleh, tapi ketika isteri tu lalai utk keinsafan. Suami yang benar2 suami dia berani tukar nyawa dia kepada isteri dia.

UAI:"Rima tangkap bini, tok imam lawan tak ngn rima? sayang bini ke syg rima, kalau syg bini, lawan rima." UAI: "mmg dop lawan lah. rima tolong amik..alhamdulillah. boleh bini lain."

UAI: "Payah nak cari yg penyayang macam saya"

14. Jamak ke rumah mentua di Ganu. Umah di Putrajaya. Boleh ke jamak?- Kita boleh jamak bila musafir, Putrajaya - Tganu sebab bukan rumah kita. tak bermukim di situ.-3 hari dan kurang - musafir yg singgah. 4 hari dan ke atas - pemukim.

15. Boleh amik air wudhu' putus2? amik kat rumah, perabis di surau.- Sunat selesaikan segera amik wudhu'. Nabi SAW pernah amik wudhu' dua tempat.

16. Dapati suami org lain ada skandal dengan perempuan lain. So kena bgtau isteri dia ke tak yang dia skandal?UAI: jangan kabor kepada lawang, kabor kepada empunya diri. kita jumpa suami dia cakap ngn org puang. kita takleh kabor kat bini dia. kabor lah kat empunya diri. tanya dia utk tegur dan tahu perkara sebenar. jangan rosakkan rumahtangga orang.

17. Hukum doa fb.- Berdoa dlm facebook; dengan niatlah jadi hukum yg berbeza2. Tujuan insaf, dapat pahala. Tujuan nak nunjuk2, sia2 perbuatannya. Kongsi doa baik, dapat pahala.

18. Hukum dengar nyanyian perempuan bukan mahram- perempuan bernyanyi tidak boleh pada ajnabi.- suara ni ada dua hukum: suara aurat suara bukan aurat. Jika fitnah, haram.- sebaiknya, perempuan jgn nyanyi di khalayak ramai meskipun lagu2 nasyid.

19. Mengata orang dalam berceramah.- Kalau laknat, sebut nama boleh ke tak? Kalau yg Allah sudah sebut laknat itu dalam Quran. Boleh kita sebut Allah laknat. ( Spt Allah laknat org kafir )- "celakalah org yg tidak solat. celakalah org yg minum arak." - ada dalam nas- ada nas, baru boleh kata. kalo tade nas, tak boleh kata.- nasihat; benda yg lembut kita lembut, benda keras kena keras.- jgn sebut nama kalau nak tegur dalam ceramah.

20. Hukum lelaki simpan rambut panjang:- Laki boleh rambut panjang jgn sampai nampak macam puang. org kata pompuang takleh.- Panjang, tapi masih nampak lelaki. boleh.- Biarlah ada janggut dan misai, bolehlah rambut panjang senang nak cam sebagai lelaki.- Berambut panjang tidak salah.

21. Ada 2 masjid dalam 100 meter dalam 1 mukim?- Boleh pegi mana2 masjid, tidak ada masalah.

22. Bab mandi jenazah, aurat si mati bagaimana?- Aurat mayat sama macam aurat org yg masih hidup.- Umumnya, aurat wajib tutup antara ayah dan anak - pusat sampai ke lutut. tak boleh pakai spender je depan anak. Anak yg masih kecik tak reti apa2 takpe, tak haram wlpn ayah dia bogel.- Wajib kena hormat mayat. Minimakan pemandi mayat sehingga 2 orang sebaik2nya. Aib pada mayat jika org lain nampak aurat si mati.

23. Amalan diterima ke tak, menuduh hamba Allah wat benda buruk?- amalan yg tidak diterima doa, doa org yg makan yg haram.- kutukan kita berdosa. amalan diterima selagi mana tidak buat benda2 yg menghalang doa diterima.

24. Terlepas rakaat: Tok imam tgh tahiyyat awal, dia baru mari..dia pun duduk tahiyyat. dapat ke tak rakaat? Tak dapat.

25. Bersumpah takkan kawin selain teman wanita? nazar atau sumpah?- Sumpah dikira bila kata "Demi Allah." Cth:"Wallah, Tallah".- Junjung Quran tak jadi apa, itu bukan sumpah.- Dia boleh kahwin dengan org lain wlpn dah bersumpah atas nama Allah tp kena bayar kafarah bersumpah, bagi makan org miskin.- Iktibar lagu maher zain, "barakallahulakuma" utk ucap tahniah org kahwin. bukan kata, "moga kekal ke anak cucu."

26. Soalan terakhir. Bolehkah sy selalu mandi wajib walaupun tidak junub. alang2 dah mandi, baik mandi wajib.- Jwbnya: bid'ah. org tak suruh kenapa nak mandi wajib. mandi2 ni perintah Allah, takleh nak main2. mandi wajib ada sebabnya tersendiri. niat bersuci macam biasa je lah (thaharah), dapat pahala. 

Friday, February 10, 2012

GIVEAWAY WORD SEARCH



syarat-syarat nyer adalah

1. buat 1entry pasal GA nie..
2. copy banner kat atas letak kat entry n sidebar + LINK kan balik ke blog nie ;)
3.letak blog nie dalam bloglist untuk update info GA jer pas GA tamat nak buang pun tak per :)
4.KENA HANTAR KOMEN PENYERTAAN DALAM ENTRY NIE JE TAU..!!
5.mesti ada alamat kat MALAYSIA

itu sahaja...

tarikh TAMAT 13.2.2012


February 2012 Giveaway - My 30th Birthday



Syarat penyertaan adalah sangat mudah!

1. Buat satu entry di blog anda dengan tajuk February 2012 Giveaway - My 30th Birthday dan link ke sini.
2. Copy banner diatas, masukkan dalam entry tersebut dan juga link ke post ini.
3. Masukkan Blog Just Tupperware & U ke blog list anda
4. Tag 2 orang rakan dalam entry anda dan pastikan mereka dimaklumkan tentang ini.
5. Follow blog ini (optional)...... ^_^
6. Akhir sekali, sempena birthday saya, kongsikan sedikit impian anda dalam hidup dan apa yang anda rasa ingin capai di dalam hidup anda.........
7. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen.....",



Impian saya, agar Allah memanjangkan usia ini untuk melihat Darwisy membesar dan dapat berkhidmat pada suami tercinta di disamping menjadi seorang ibu dan isteri yang solehah dan baik.Dan agar dapat membantu suami dari segi kewangan supaya dapat mencapai impian kami untuk memperoleh sebuah rumah yg diidamkan...InsyaAllah, moga tahun ini akan termakbul..Aminnnnn...

nk tag :


Alhamdulillah....



Wah, sgt2 best....Alhamdulillah, rezeki tahun 2012...





semua nie adiah dari kemenangn GA mama mikael yg lepas...sungguh tak sangka bnyk betul adiahnya...
Thanks a lot ya...

kemenangan tahun 2012 : 1








Thursday, February 9, 2012

wordless wednesday




Barang yg sempat di rembat kat IKEA ms balik kl last week...

I Luv Dad Giveaway @ lindarosman.com





Hanya perlu like INI, buat 1 n3 ringkas dan tinggalkan link di bahagian komen n3 ini. Giveaway akan berlangsung bermula harini sampai 18hb Februari. Hadiah berupa sehelai t-sert I Luv Dad for boboy saiz 5t.
Senang jek…
Apa tunggu lagi?
Gerakkan tikus anda sekarang!
(^__^)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...