CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 6, 2013

SERONOKNYA bila BERKAHWIN...WEEhaa....



1) Ada teman yang halal untuk melakukan segala-galanya; makan, tidur, berjalan-jalan, tengok wayang, shopping dan sebagainya. Apabila berjalan pegang tangan, terus dapat pahala dari Allah. Kalau tidak berkahwin, dapat dosa pula.

2) Adanya orang yang sentiasa bersama waktu senang, susah, kacak, selekeh (bangun tidur especially), kaya, pokai, gembira, duka dan sebagainya.

3) Ada isteri/suami yang
akan mengimbangi kekurangan diri kita, seterusnya melengkapkan diri kita untuk menjadi seorang yang hebat. Suami isteri yang bersikap bertentangan adalah yang terbaik. Contoh, apabila seorang suami mudah marah, selalunya akan dapat isteri yang sabar. Dalam masa yang sama suami juga akan belajar/berjangkit sifat sabar.

4) Akan
mengalami kebahagiaan yang hanya orang berkahwin sahaja alami. Jika anda rasa bercinta itu bahagia, berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia. Percayalah!

5)
 Boleh berjimat duitdan mampu mengumpul harta. Jika bercinta, kos hidup menjadi dua kali ganda (sewa rumah, telefon, bil, makan). Kajian menunjukkan pasangan berkahwin lebih banyak memiliki harta berbanding mereka yang tidak berkahwin.

6)
Dapat zuriat. Jika berkahwin adalah 10 kali ganda bahagia daripada bercinta, memiliki seorang anak pula akan memberi lebih lagi kebahagiaan kepada kita. Hanya orang yang mempunyai anak sahaja yang tahu. (Anak kucing, anak hamster atau anak tekak tidak termasuk ya..)

7) Kita akan dapat kepastian yang tidak berbelah bahagi tentang kasih sayang dan kesetiaan suami/isteri kita. Kalau bercinta, masih tidak pasti dia betul-betul setia selagi dia tidak mengahwini kita.

8) Kita akan dapat satu perkara paling best iaitu
PELUKAN dan CIUMAN. Dua perkara ini adalah satu anugerah untuk orang yang berkahwin. Melaluinya jiwa kita akan sangat tenang dan gembira, malah jika selalu diamalkan akan menjadi awet muda dan berseri-seri!

9) Faktor yang terpenting adalah untuk
mencari keredaan Allah dan mengelak daripada melakukan maksiat.

Apa lagi, yang bujang-bujang cepatlah berkahwin. Gadis janganlah letak hantaran tinggi sangat ya (^^)

Demikianlah hikmah perkahwinan yang boleh kita dapat manfaatnya.. In Shaa Allah




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...